EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

ASEAN tarik minat Rusia untuk berdagang

by moneycompass
September 3, 2021
in Berita Pasaran Global
ASEAN
Share on FacebookShare on WhatsApp

JAKARTA – Mesyuarat Khas Menteri ASEAN-Rusia pada 6 Julai lalu membuktikan kepentingan Rusia dalam kedinamikan wilayah Asia Tenggara.

Dipengerusikan bersama Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov, mesyuarat itu juga menandakan 30 tahun hubungan ASEAN-Rusia dan 25 tahun dialog Rusia-ASEAN.

Mesyuarat itu antara lain merumuskan mengenai rundingan pelaksanaan Pelan Strategik ASEAN-Rusia (2021-2025) dan pelaksanaan kertas cadangan rundingan perwakilan tinggi ASEAN-Rusia mengenai isu keselamatan.

“Selama ini tumpuan sering diberikan kepada China dan Amerika Syarikat sehingga kita cenderung mengabaikan sumbangan pihak berkepentingan yang lain – Jepun, Rusia, dan India,” kata Ketua Pengajian Eropah di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Rahul Mishra kepada Bernama.

Mishra, yang juga ahli bersekutu Pusat Regionalisme ASEAN untuk UM, berkata ini menunjukkan Rusia bersedia mengikut peraturan dan komitmennya terhadap pemusatan rantau tersebut.

“ASEAN sedar sepenuhnya bahawa ia tidak dapat menghentikan persaingan kuasa besar di rantau ini. Sebab itu mereka selalu bersedia untuk berinteraksi dengan sebanyak mungkin pihak berkepentingan,” katanya.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan pembabitan Rusia di rantau ini lebih kepada aspek perdagangan.

Rusia ketika ini lebih berminat untuk memperkukuh dan mengembangkan hubungan perdagangan dengan rantau ini, katanya.

Dagangan dua hala ASEAN dan Rusia masih amat rendah dan kesedaran terhadap potensi besar rantau ini telah mendorong Rusia untuk mengambil langkah bagi memperluas peluang dagangan antara mereka.

ASEAN, dengan jumlah penduduk melebihi 661.5 juta dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah US$3.2 trilion, adalah satu daripada ekonomi yang berkembang pesat. Ia kini berada di kedudukan ekonomi kelima terbesar dan blok itu diunjurkan sebagai ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.

Sementara itu, perdagangan dua hala ASEAN-Rusia adalah sederhana dengan hanya US$18.2 bilion yang dicatatkan pada 2019 manakala pelaburan langsung asing (FDI) Rusia di rantau ini berjumlah US$45 juta, sekitar 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan US$160.6 bilion yang diterima pada 2019 .

“Daripada segi dagangan, Rusia banyak ketinggalan. Sebab itu ia melihat perlu untuk ‘catch up’ dengan negara yang berdagang dengan rantau ini dan juga mendapatkan pasaran lebih luas dan berpotensi.

“Selain sektor petroleum dan tenaga, Rusia juga mahu memperluas pasaran senjata dan produk ketenteraan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Daripada aspek geopolitik, Mohd Azizzudin berkata walaupun Rusia mengiktiraf kepentingan rantau tersebut bukan fokus kepada polisi luar Rusia yang lebih tertumpu kepada benua Eropah.

“Rusia juga tidak mahu terpalit dalam persaingan antara China dan AS di ASEAN. Rusia cuba memberi persepsi positif kepada rantau ini bahawa ia mahu mengalakkan hubungan dagangan,” katanya.

Hubungan Rusian-ASEAN bermula pada 1991 dan menjadi Rakan Dialog pada 1996 dan terus berkembang sebagai rakan strategik bermula November 2018.

 

 

BACA SETERUSNYA: MySejahtera akan dilengkapi butang daftar keluar

Tags: ASEANEkonomiRusia
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

MySejahtera akan dilengkapi butang daftar keluar

Next Post

Kedutaan mahu rakyat Malaysia di Indonesia divaksin

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA