EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia mampu lahirkan ‘bangsa usahawan’ – MEDAC

by moneycompass
September 3, 2021
in Berita Terkini
Bajet 2022
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yakin Malaysia mampu melahirkan ‘bangsa usahawan’ dan usaha ini dapat dicapai dengan kerjasama pelbagai pihak selari cogan kata Keluarga Malaysia.

Menteri, Tan Sri Noh Omar berkata tumpuan kementerian akan lebih menjurus kepada usaha membantu serta menyelesaikan masalah yang dihadapi usahawan yang pada masa ini terjejas ekoran pandemik COVID-19, mereka yang kehilangan pekerjaan serta lepasan pengajian tinggi yang tiada pekerjaan.

“Sebagai menteri baru, saya akan berusaha bekerjasama dengan semua golongan yang terlibat dalam keusahawanan untuk usaha kita melahirkan ‘bangsa usahawan’.

“Saya yakin jika kita bekerjasama sebagai keluarga, selaras dengan cogan kata Keluarga Malaysia, kita boleh melahirkan satu bangsa usahawan,” katanya pada majlis ‘Voices of Malaysia’s SMEs’ secara dalam talian pada Selasa.

Majlis tersebut turut berkongsi beberapa rakaman video ucapan Hari Kebangsaan 2021 terutama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta menteri-menteri lain seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa menerusi rakaman video berkata kerajaan akan terus berusaha menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi.

“Mari kita bina Keluarga Malaysia yang inklusif, bersama kita pulih dan bina semula ekonomi negara agar kemakmuran akan dinikmati semua,” katanya.

Acara ‘Voices of SMEs Malaysia’ dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) bersama-sama dengan Money Compass Media Sdn Bhd dan Yayasan Prihatin Nasional sempena e-Pameran PKS Merdeka 2021.

Sebanyak 200 pemilik perniagaan kecil dan sederhana (PKS), presiden dewan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan dijemput menyertai acara itu di samping meraikan Hari Kebangsaan 2021 bersama-sama kalangan PKS.

-BERNAMA

 

BACA SETERUSNYA: Merdeka SME e-Fair 2021 Bertujuan Menghubungkan PKS dengan Penyedia Penyelesaian untuk Meningkatkan Pemulihan Perniagaan Pasca MCO

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kedutaan mahu rakyat Malaysia di Indonesia divaksin

Next Post

Malaysia tidak mampu kurangkan cukai korporat ketika ini

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA