EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kit ujian kendiri COVID-19 tetap pada RM19.90

by moneycompass
September 4, 2021
in Berita Terkini
Harga Kit Ujian Kendiri
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk menetapkan harga runcit kawalan bagi kit ujian kendiri Covid-19 pada RM19.90, berkuat kuasa Ahad ini, adalah muktamad, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Khairy berkata bahawa dia menyedari mengenai rungutan yang dibangkitkan oleh pembekal dan peruncit kit ujian tersebut, tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk memihak kepada pengguna.

“Saya sedar tetapi kita harus cari titik keseimbangan antara pembekal, penjual dengan rakyat.

“Kalau nak bagi tempoh sebulan untuk mereka menghabiskan stok, sudah tentu yang akan terkesan adalah rakyat (yang) terpaksa bayar RM40 (untuk setiap kit ujian).

“Kita terpaksa membuat keputusan,” katanya.

Semalam, Khairy dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan telah menetapkan harga maksimum bagi kit ujian kendiri Covid-19.

Harga siling yang telah ditetapkan adalah pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 untuk pembelian secara borong.

“Saya dan Alex Linggi memihak pada pengguna yang minta supaya test kit dapat turun harga dan diletakan harga siling secepat mungkin.

“Jadi, kita terpaksa lakukannya. Keputusan adalah muktamad,” katanya.

Susulan itu, Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) hari ini mendakwa had harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah terlalu curam dan terlalu mendadak.

MPS mendakwa ahli persatuan itu telah membayar antara RM22 hingga RM32 setiap kotak ketika membeli dari pembekal.

 

 

BACA SETERUSNYA: Malaysia mampu lahirkan ‘bangsa usahawan’ – MEDAC

Tags: COVID-19Vaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pekerja tolak vaksin boleh dikenakan tindakan

Next Post

U Mobile X Allo, luaskan perkhidmatan tanpa had

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA