EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pekerja tolak vaksin boleh dikenakan tindakan

by moneycompass
September 4, 2021
in Berita
WHO
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun AKKP 1994 menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja.

“Akta berkaitan keselamatan tempat kerja masih boleh dikuatkuasakan sebab tempat itu tidak selamat dari segi persekitaran,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada balu seorang pengawal keselamatan di Taman Buntong Ria, di Ipoh hari ini.

Pada 29 Dis tahun lalu, Thava Sagayam, 64, cedera selepas diserang oleh seorang penyewa sebuah kondominium di Ipoh selepas anaknya dilarang menggunakan kolam renang yang ditutup.

Mangsa dimasukkan ke hospital kerana kecederaan dialami dan menjalani beberapa siri pembedahan di bahagian kepala dan meninggal dunia Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Saravanan berkata kilang atau premis yang tidak mempunyai ruang pengudaraan yang baik juga boleh dikenakan tindakan mengikut akta sama.

Justeru, beliau meminta semua pihak bersama-sama menyokong pendekatan program vaksinasi bagi memastikan negara bebas daripada jangkitan COVID-19 khususnya di tempat kerja.

Rabu lepas, Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Dr Shawaludin Husin dilapor berkata majikan tidak mempunyai kuasa untuk memaksa kakitangan mengambil vaksin COVID-19.

Menurut Shawaludin paksaan ialah langkah tidak wajar pada waktu ini kerana tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 terhadap mana-mana individu.

-BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Varian Delta kini dominan di Thailand

Tags: COVID-19Vaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Varian Delta kini dominan di Thailand

Next Post

Kit ujian kendiri COVID-19 tetap pada RM19.90

Related Posts

No Content Available

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA