KUALA LUMPUR – UOB Malaysia telah menyumbang RM100,000 melalui MERCY Malaysia kepada tiga hospital yang memerlukan sumber penting bagi membantu mereka memerangi pandemik yang berlanjutan hingga menyebabkan infrastruktur perubatan negara menghadapi tekanan teruk .
Sumbangan ini merupakan peralatan perubatan kritikal untuk meringankan beban hospital dan pekerja penjagaan kesihatan yang sedang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 kes serta kematian yang berkaitan dengan varian Delta yang sangat mudah berjangkit.
Sumbangan ini akan disampaikan kepada Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang, dua daripada tiga hospital yang ditetapkan sebagai hospital COVID-19 di Lembah Klang. Sumbangan juga disalurkan kepada Hospital Besar Melaka, satu-satunya hospital kerajaan utama dalam mengendalikan kes COVID-19 di negeri ini.
Wang sumbangan akan digunakan untuk membekalkan alat pernafasan pembersih udara berkuasa, penumpu oksigen, monitor tanda vital, pam pemakanan enteral, pam picagari perubatan serta peralatan penting lain bagi membantu bilangan pesakit semakin meningkat yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Encik Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Melalui sumbangan ini, kami berharap dapat memenuhi permintaan peralatan perubatan kritikal di samping meringankan cabaran yang dihadapi hospital supaya mereka boleh memberi bantuan lebih baik kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MERCY Malaysia kerana memudahkan sumbangan ini dan juga atas sokongan berterusan mereka terhadap hospital yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak bermulanya pandemik.”
Puan Zuraidah Mian, Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, berkata, “Kami berbesar hati atas bantuan yang ditunjukkan oleh UOB Malaysia dalam menyokong Pelan Kesiapsiagaan dan Respons Perintah Kawalan Pergerakan Penuh COVID-19 MERCY Malaysia. Dengan kerjasama ini, kami harap dapat membantu petugas barisan hadapan selain mengukuhkan sistem kesihatan utama, yang merupakan pertahanan terakhir terhadap pandemik ini.”
BACA SETERUSNYA: U Mobile X Allo, luaskan perkhidmatan tanpa had
Discussion about this post