PETALING JAYA – Masa sekarang sudah semakin suntuk untuk lebih kurang 580,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Mereka sedang berdepan kemungkinan untuk gulung tikar sekiranya ekonomi tidak dibuka sepenuhnya sebelum bulan Oktober depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Lim berkata, penilaian yang dibuatnya adalah berdasarkan sebuah kenyataan dari bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengatakan bahawa PKS mengalami kerugian sebanyak 40.7 bilion tahun lalu, dengan 580,000 yang mewakili 49% sektor berkenaan berdepan risiko untuk gulung tikar.
“Dengan bilangan kematian dan jangkitan harian yang masih tinggi, wujud keraguan sama ada ekonomi boleh dibuka sepenuhnya menjelang Oktober,” kata Lim dalam kenyataan.
Lim juga berkata bahawa sekitar sejuta PKS yang mempunyai lebih 7.3 juta pekerja, dijangka beroperasi pada 2020. Bilangan itu mewakili sebanyak 48% tenaga kerja di Malaysia.
Lim menambah, Jabatan Perangkaan tahun lalu telah melaporkan tentang kekurangan keyakinan perniagaan pada suku ketiga tahun ini.
“Ini anggaran paling pesimistik sejak suku kedua 2020,” katanya juga.
BACA SETERUSNYA: Kit ujian kendiri COVID-19 tetap pada RM19.90
Discussion about this post