EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS mahu pekerja divaksin satu dos dibenarkan kembali bekerja

by moneycompass
September 7, 2021
in Berita Terkini
PKS

Para peniaga serta orang ramai perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dengan penjarakkan fizikal, memakai pelitup muka dan mengimbas apliksai MySejahtera bagi membendung penularan wabak Covid-19. GAMBAR: Abd Razak Aid

Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merayu kepada kerajaan agar mengizinkan pekerja yang telah menerima dos vaksin pertama untuk kembali bekerja bagi mengelakkan syarikat gulung tikar.

Presiden Persatuan PKS Michael Kang berkata, kira-kira 25% daripada PKS telah ditutup sejak ‘lockdown’ pada pertengahan tahun dan lebih banyak akan menyusul.

“Kami tidak boleh menunggu syarikat penuhi syarat untuk teruskan operasi, iaitu 80% daripada kakitangan lengkap vaksinasi. Mereka yang telah menerima dos pertama patut dibenarkan bekerja atau buka perniagaan,” katanya kepada FMT.

Katanya, majikan bersedia bekerjasama memeriksa aplikasi MySejahtera pekerja mereka setiap hari untuk memastikan mereka tidak “merayau”.

Mereka yang belum lengkap divaksinasi hanya patut dibenarkan pergi ke tempat kerja, membeli makanan dan barangan keperluan. Dengan cara ini, katanya, tempat kerja akan menjadi lebih selamat.

“Mereka yang melanggar peraturan sekatan pergerakan tidak patut dibenarkan masuk kerja,” katanya selain menambah, pegawai penguat kuasa boleh melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Kita perlu lihat semua sudut agar PKS dapat mulakan perniagaan mereka semula. Kita perlu cari jalan untuk bantu mereka peroleh pendapatan, bukan tutup perniagaan mereka buat tempoh yang lama.”

“Kerajaan perlu faham, industri yang terjejas kini berasa gelisah kerana mereka tidak lagi dapat membayar gaji dan sewa, malah ada yang bergelut dengan hutang sehingga tidak lagi mampu bangkit, tambahnya.

Apabila PKS dibenarkan beroperasi, kerajaan harus memperkenalkan SOP yang ringkas bagi semua negeri.

“Tiada lagi garis panduan berbeza bagi setiap negeri. Ia membingungkan. Ini masalah besar bagi kami. Mohon perkenalkan SOP standard di seluruh negara supaya kami dapat terapkan dengan lebih baik dan elak disaman,” katanya.

Ada pegawai penguat kuasa malah memberitahu mereka juga bingung dengan SOP yang berbeza-beza menyebabkan mereka mengeluarkan saman apabila mereka tidak sepatutnya berbuat demikian, tambahnya.

Satu-satunya jalan ke hadapan katanya, adalah agar semua orang berdisiplin dan bekerjasama untuk menggiatkan kembali ekonomi.

“Kita perlu belajar hidup bawah norma baharu,” tambahnya.

Pada Julai, bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehingga 580,000 perniagaan – mewakili 49% sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana – berisiko ditutup pada Oktober.

Beliau berkata, sektor mikro dan PKS Malaysia, yang menyumbang hampir 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, berada di ambang keruntuhan jika ‘lockdown’ di seluruh negara berlarutan.

-FREE MALAYSIA TODAY

 

 

BACA SETERUSNYA: PKS dalam bahaya jika ekonomi tidak dibuka Oktober

Tags: EkonomiPKSVaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

PKS dalam bahaya jika ekonomi tidak dibuka Oktober

Next Post

Harga minyak mentah melonjak selepas merosot dua hari

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA