SUBANG JAYA – Digi Business hari ini mengumumkan tawaran penyelesaian Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) berasaskan awan oleh Oracle NetSuite, bagi memperhebatkan usahanya menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendigitalkan perniagaan mereka.
ERP berasaskan awan oleh Oracle NetSuit adalah sistem yang beroperasi menggunakan platform pengkomputeran awan, membolehkan peniagaan mengakses data masa nyata pada bila-bila masa dan di mana sahaja. PKS boleh memanfaatkan perkhidmatan awan ERP dalam menguruskan operasi perniagaan dengan lebih efektif yang merangkumi aspek pengurusan pelanggan, ramalan penjualan, pengurusan peneraju jualan, pengurusan kempen, pampasan insentif, pengesanan waktu dan pelbagai lagi. Semua maklumat ini dipaparkan pada papan pemuka masa nyata, memberikan gambaran keseluruhan operasi kepada PKS, di samping kemampuan menghasilkan laporan dan menganalisis data.
Menurut laporan Rangka Tindakan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia, empat daripada 10 PKS menggunakan pengkomputeran awan dan mereka menggunakannya khusus untuk penyimpanan dokumen sahaja, tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan teknologi tersebut.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Pegawai Perniagaan Digi, Eugene Teh berkata, “Penggunaan teknologi awan oleh PKS Malaysia masih pada peringkat awal, oleh itu kami melihat potensi yang besar untuk PKS memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan awan. Justeru itu, perkhidmatan awan ERP merupakan penyelesaian digital yang sangat mengagumkan kerana mampu membantu PKS melancarkan operasi, mengakses kewangan serta memperoleh analisis perniagaan yang lebih mendalam. Kami amat berbesar hati meneraju industri ini dalam memperkenalkannya kepada PKS, yang juga memberi peluang kepada kami untuk terus menyokong pertumbuhan perniagaan mereka dalam ekonomi digital sekarang.”
“Penyelesaian ini mengukuhkan lagi tawaran rangkaian sambungan dan penyelesaian digital yang komprehensif oleh Digi Business buat PKS daripada pelbagai saiz serta tahap peralihan digital yang berbeza, di samping terus menjadi rakan digital yang dipercayai,” tambah Eugene.
BACA SETERUSNYA: LazMall Crazy Brand Mega Offers tawaran eksklusif baharu sempena 9.9
Discussion about this post