EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Mei 21, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PPN kukuhkan kedudukan ekonomi negara

by moneycompass
September 10, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
ekonomi
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh dan kadar pengangguran akan berkurangan mulai bulan ini berikutan peningkatan kadar vaksinasi dan sekiranya lebih banyak negeri beralih keluar daripada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata kadar pengangguran di Malaysia dijangka beransur-ansur pulih apabila lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua PPN, khususnya Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bermula esok.

“Peralihan fasa PPN secara berperingkat yang membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan akan memulihkan kembali aktiviti ekonomi secara beransur-ansur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pembukaan lebih banyak sektor ekonomi di Lembah Klang amat penting kerana ia menyumbang kira-kira 40 peratus kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Berdasarkan Laporan Tenaga Buruh bagi Julai 2021 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini, Mustapa berkata kadar pengangguran kekal 4.8 peratus dengan bilangan penganggur meningkat sedikit kepada 778,200 orang berbanding bulan sebelumnya.

“Pasaran buruh negara telah pulih secara beransur-ansur sejak awal tahun ini yang mana kadar pengangguran telah berkurangan kepada 4.5 peratus pada Mei 2021 daripada 4.9 peratus pada Januari 2021.

“Bagaimanapun, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan akibat peningkatan mendadak kes baru Covid-19 mulai Jun 2021 telah menyebabkan peningkatan kadar pengangguran kepada 4.8 peratus pada Jun 2021,” katanya.

Menurutnya, kerajaan memandang serius isu peluang pekerjaan, khususnya pengangguran dalam kalangan belia serta guna tenaga tidak penuh berkaitan masa dan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

“Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran pada tahun ini melalui kerjasama strategik agensi kerajaan serta pemain industri,” katanya.

–BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Keputusan rentas negeri sedang dibincangkan, SOP akan dimuktamadkan

Tags: EkonomiKDNKPPN
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Keputusan rentas negeri sedang dibincangkan, SOP akan dimuktamadkan

Next Post

COVAX hanya sediakan vaksin kepada 20 peratus penduduk negara miskin

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

13 Mei 2022
Berita Pasaran Tempatan

MoneyMatch Mengumumkan Kemenangan Perbankan Digital dan Pelan Pengumpulan Dana

09 Mei 2022
Global Oil & Gas Automation Market to See Positive Growth with Digitalization and New Disruptive Technologies
Berita Pasaran Tempatan

Industri OGSE bersedia untuk berkembang dengan 15 inisiatif baharu tahun ini

26 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA