EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Usahawan Berdepan Situasi Mencabar – Azizan Osman

by moneycompass
Oktober 20, 2021
in Kompas, Kompas Usahawan
Share on FacebookShare on WhatsApp

SHAH ALAM, 10 Jun (Bernama) — Dunia keusahawanan secara keseluruhannya berdepan situasi yang mencabar berikutan “total lockdown” yang terpaksa dilakukan di samping tempoh pemulihan akan mengambil masa agak lama.

Menurut Mentor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman, cabaran dilalui bukannya mudah bagi usahawan terutama peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro yang tak biasa menggunakan platform online seperti media sosial.

Katanya, duit simpanan sesetengah usahawan itu mungkin sudah semakin habis dan berkurangan dengan keadaan bisnes yang tutup dan buka berikutan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dari tahun lalu.

“Ramai sebenarnya (usahawan) dengan simpanan sudah habis, nak bayar komitmen yang sangat kritikal sekarang.

“Saya nampak benda ini berlaku depan mata sendiri. Cabaran dilalui ini tak mudah untuk kita semua khususnya usahawan tidak kira di mana tahap mereka,” katanya ketika ditemubual oleh hos Sherkawi Jirim pada program Ruang Bicara bertajuk Total Lockdown: Bagaimana Survival Usahawan? pada malam tadi.

Tambah Azizan, kalaulah usahawan boleh dapat sokongan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, di mana mungkin dapat lanjutan 6 bulan moratorium lagi hingga hujung tahun ini dan Program Subsidi Upah (PSU) dilihat perlu dilanjutkan bukan hanya 1 bulan seperti diumumkan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang mana melibatkan sekitar 7.3 juta pekerja.

“Apa yang kerajaan cuba bagi ini (PEMERKASA Plus) sangat bagus, dan kalaulah seandainya boleh melihat daripada beberapa aspek iaitu moratorium dan PSU untuk tambah baik lagi dengan pemulihan usahawan dan ekonomi tidak akan berlaku dalam masa 1 ke 3 bulan lagi.

“Saya fikir ini adalah satu perkara yang akan membantu kita sama-sama bertahan dalam situasi ini dan dengan cepat usahawan boleh bangkit kembali seterusnya membantu kembali Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang mana PKS sumbang sebanyak 38 peratus,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, pesan Azizan kepada usahawan di luar sana agar mereka tengok orang dan usahawan lain yang berjaya ketika ini untuk sesuaikan dalam bisnes sendiri.

“Jika keadaan tak berapa bagus ketika apa yang anda buat sekarang, cuba ubah cara lain seperti tukar kepada online. InsyaAllah ada cara.

“Secara jujurnya ia tak mudah ya, sebab kita dah biasa berniaga benda atau cara itu bertahun dan kemudian tiba-tiba berlaku keadaan seperti ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang program sokongan RichWorks seperti Business Bootcamp 101 yang berlangsung secara percuma sekarang, orang ramai boleh pergi ke akaun Telegram: Azizan Osman Official.

 

SUMBER : Richworks International Sdn Bhd

 

BACA SETERUSNYA: Ketirisan Wang Beri Implikasi Besar Sektor Perusahaan Kecil, Sederhana

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Digi Business bawa penyelesaian ERP berasaskan awan kepada PKS

Next Post

Keputusan rentas negeri sedang dibincangkan, SOP akan dimuktamadkan

Related Posts

Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
Kompas

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

20 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA