EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

COVIDNOW laman baharu dari KKM, kongsi data COVID-19

by moneycompass
September 11, 2021
in Berita Terkini
COVIDNOW
Share on FacebookShare on WhatsApp

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan laman sesawang baharu, COVIDNOW, yang boleh dilayari untuk perkongsian data harian COVID-19 lebih telus.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata  susulan pelancaran laman sesawang itu, data harian terkini perkembangan COVID-19 di seluruh negara akan tersedia di COVIDNOW selepas 12 malam.

“Laman sesawang ini akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat umum,” katanya dalam sidang media di KKM.

Beliau berharap melalui data dan maklumat yang dikongsikan di COVIDNOW dan GitHub, masyarakat akan mempunyai pemahaman serta kesedaran lebih baik berhubung situasi jangkitan di dalam negara.

Katanya susulan itu, data yang dikeluarkan menerusi kenyataan akhbar harian Ketua Pengarah Kesihatan pada lewat petang yang menjadi amalan sejak pandemik bermula hanya akan diteruskan seminggu lagi.

Khairy berkata sebelum ini, KKM telah memuat naik data granular termasuk data vaksinasi ke dalam GitHub dengan data yang dimasukkan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Beliau berkata selain perkongsian data, usaha melakukan perubahan tingkah laku dan  mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipertingkat untuk memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19.

Mengulas situasi terkini jangkitan COVID-19 di dalam negara, Khairy berkata secara amnya, sedikit penurunan jumlah kes dapat dilihat manakala purata nilai Rt kini di bawah 1.0 iaitu 0.97.

Beliau berkata beberapa negeri telah menunjukkan situasi kadar jangkitan lebih baik seperti di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Melaka namun ada juga yang masih melaporkan trend mendatar serta kurang stabil seperti Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

Khairy berkata beberapa negeri didapati menunjukkan peningkatan kes seperti Sarawak dan Terengganu manakala tindakan sewajarnya telah diambil bagi negeri yang memerlukan lebih perhatian agar bantuan dapat diberikan.

-BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Keputusan rentas negeri sedang dibincangkan, SOP akan dimuktamadkan

Tags: COVID-19COVIDNOWKKM
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

COVAX hanya sediakan vaksin kepada 20 peratus penduduk negara miskin

Next Post

Pemulihan ekonomi bergantung kepada transformasi digital

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA