EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Kerajaan mahu tingkatkan pendapatan isi rumah B40

by moneycompass
September 14, 2021
in Berita Terkini
Kerajaan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah miskin dalam kalangan B40 bagi tempoh jangka sederhana dan panjang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“… (selain itu), menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan kewangan serta meningkatkan perlindungan sosial,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan sebelum ini menyediakan bantuan jangka pendek kepada rakyat di bawah lapan pakej ransangan ekonomi antaranya Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 yang keseluruhannya berjumlah RM24.9 bilion dan telah membantu 10.9 juta individu dan isi rumah.

Turut disediakan, moratorium bayaran balik pinjaman kepada lebih tujuh juta peminjam, diskaun bil elektrik sebanyak RM3.14 bilion yang memanfaatkan 8.8 juta individu dan isi rumah, sejumlah RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan serta mengekal dan mewujudkan pekerjaan termasuk program Subsidi Upah yang membantu kira-kira 300,000 majikan dan mengekalkan lebih 2.7 juta pekerjaan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata jurang atau peratusan kemiskinan dalam negara dapat dikurangkan apabila sektor ekonomi dibuka yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat atau memulakan perniagaan.

Beliau berkata bantuan jangka pendek yang disediakan sebelum ini bersifat sementara dan hanya bertahan untuk beberapa waktu.

“Sebagai contoh, apabila kita berikan bantuan kepada peniaga mikro secara ‘one-off cash’ (tunai sekali beri), ia bertahan untuk beberapa waktu… sebab itu pelan kita bagi jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memberikan latihan kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran untuk mereka diberikan peluang menambah pendapatan atau mencari pendapatan baharu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Anwar mengenai sama ada bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini mencukupi untuk membantu rakyat.

Kepada soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan bercadang memberikan moratorium tanpa faedah terakru bagi membantu masalah hutang isi rumah, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Kewangan memandangkan kerajaan memahami situasi yang dihadapi rakyat.

Terdahulu, beliau berkata Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Ogos menyaksikan pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada RM7,901 pada 2019 kepada RM7,089 pada 2020.

Menurut laporan itu, insiden kemiskinan meningkat kepada 8.4 peratus yang melibatkan 639,800 isi rumah berbanding 5.6 peratus atau 405,400 isi rumah pada 2019.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata kira-kira 600,000 isi rumah M40 yang berpendapatan antara RM4,850 dan RM10,959 sebulan telah jatuh ke kumpulan B40.

-BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Pemulihan ekonomi bergantung kepada transformasi digital

Tags: B40kerajaanPendapatan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pemulihan ekonomi bergantung kepada transformasi digital

Next Post

Keluarga Malaysia 2021 Pupuk Literasi Kewangan Yang Lebih Baik dan Semangat Perpaduan Antara Rakyat Malaysia

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA