KUALA LUMPUR – Yayasan Prihatin Nasional, Malaysia Literacy in Financial Education Association (MyLIFE), Federation of Malaysia Business Associations (FMBA) dan uLearnMONEY telah menganjurkan Konsert Muzikal Keluarga Malaysia 2021 pada Hari Malaysia, 16 September, melalui Zoom dan disiarkan di Facebook Live dengan sokongan dan kejayaan yang luar biasa.
Dengan tema ‘Keluarga Malaysia’, acara ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi kempen CSR MyLIFE Food Bank & Youth Financial Education di samping memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta dan rakyat Malaysia.
Konsert Muzik Keluarga Malaysia 2021 ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin yang memuji usaha pihak penganjur dalam mengintegrasikan konsep hiburan dan patriotisma dalam acara yang tidak dapat dilupakan untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia pada Hari Malaysia.
Beliau berkata, “Dalam persiapan kita untuk memulakan fasa “PEMULIH”, iaitu fasa pemulihan pandemik, kita percaya bahawa industri hiburan dan acara akan memberi inspirasi and motivasi kepada para penonton untuk bersikap positif dan agresif, dalam semua aspek kehidupan mereka.”
Beliau juga mengemukakan rasa berterima kasih kepada barisan hadapan atas sumbangan dan pengorbanan mereka dalam perjuangan menentang pandemik ini.
Konsert Muzikal Keluarga Malaysia menampilkan persembahan dalam talian secara langsung oleh pemuzik berbakat dari pelbagai peringkat usia dari seluruh Malaysia. Penyanyi-penyayi yang terlibat adalah Kay Sik, Nathalia Athena, Puteri Azliyana, Tuan Mazlina dan Encik Rafiz (dikenali sebagai SATWO), Liew Jian Xu, Daphne Chai Ming En, Lee Zee Ting, Jacquline Sim, Aisyah binti Hishamudin, Penny Chan, dan Jinv Wong.
Sebagai salah satu penyokong kuat dan kolaborator Financial Education Network (FEN), Keluarga Malaysia 2021, yang dilancarkan secara rasmi pada 14 September 2021, bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua rakyat Malaysia mengenai pentingnya memiliki pengetahuan kewangan asas, tanpa mengira usia, bangsa, dan latar belakang mereka. Sama pentingnya adalah untuk mempromosikan komuniti yang bersatu padu dan memupuk perpaduan rakyat Malaysia yang kuat.
Konsert Muzikal Keluarga Malaysia 2021 dapat ditonton semula di Facebook rasmi SME e-Fair .
BACA SETERUSNYA: Webinar Kewangan MyMALAYSIA kaedah promosikan kepentingan literasi kewangan kepada belia
Discussion about this post