EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pemulihan ekonomi perlu dibantu oleh institusi kewangan

by moneycompass
September 21, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Institusi kewangan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Institusi kewangan akan memainkan peranan penting dalam membangun semula Malaysia dan memulihkan ekonomi selepas terjejas akibat COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata memandangkan kedudukan sektor kewangan terikat dengan ekonomi lebih meluas, adalah penting untuk industri perbankan meningkatkan usaha memacu semula pemulihan ekonomi sambil menyokong kesinambungan perniagaan, terutama dalam memulakan perniagaan apabila ekonomi dibuka kembali.

“Dalam hal ini, industri perbankan diharap dapat memudahkan pinjaman dengan syarat pembiayaan dan pembayaran yang akomodatif, termasuk mengambil bahagian dalam penawaran program iTEKAD yang menyokong pengusaha mikro untuk memulakan dan mengekalkan perniagaan mereka.

“Selain itu, institusi kewangan juga perlu menyokong termasuk mempelbagaikan skim pembiayaan, segmen peminjam yang paling tidak dilayan baik sektor perhotelan, perusahaan mikro atau usahawan wanita.

“Bank juga perlu menyediakan kemudahan berasaskan hutang seperti skim kecairan CAKNA dan Jana Niaga yang mengurangkan kekangan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tanpa meningkatkan pengearan mereka,” katanya.

Yang turut serta Pengerusi Majlis Penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Michael Yeoh.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, dalam membina daya tahan, bank dan institusi kewangan perlu memainkan peranan dalam menyokong pelanggan dalam peralihan kepada norma baharu, termasuk menerapkan digitalisasi dalam fokus dan operasi perniagaan mereka.

“Bank juga perlu meningkatkan peranan perantaraan kewangan sepanjang kitaran perniagaan mana-mana syarikat, sama ada pengusaha yang bercita-cita tinggi atau konglomerat di ambang tawaran awam permulaan (IPO).

“Institusi kewangan dan perbankan juga perlu meneroka bentuk pembiayaan alternatif termasuk kewangan campuran, pembiayaan rantaian bekalan atau kemudahan berasaskan perdagangan baru,” katanya.

Beliau berkata, usaha berkenaan akan melengkapkan inisiatif yang lebih luas kerajaan termasuk Dasar Revolusi Industri Keempat Nasional (4IR), di mana digitalisasi dan penggunaan teknologi sangat penting dalam meningkatkan prospek dan daya tahan ekonomi negara, sesuai dengan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

“Pentingnya bagi kita untuk keluar dari wabak ini dengan selamat dan sistematik yang mana sama pentingnya kita membangun kembali dengan lebih baik. Itulah sebabnya sektor kewangan mesti maju dan memainkan peranannya dalam agenda iklim dan kelestarian.

“Adalah menggembirakan untuk melihat bahawa sektor kewangan bergerak maju ke hadapan, termasuk melalui penawaran penyelesaian kewangan yang mampan dan bantuan kepada syarikat dalam perjalanan peralihan mereka,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, sebagai penggerak modal, industri perbankan adalah kunci dalam membantu peralihan syarikat ke arah amalan rendah karbon dan kelestarian melalui pembiayaan dan pelaburan menjangkaui wabak sama ada menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui, teknologi baru atau cara baharu menjalankan perniagaan.

-BERITA HARIAN

 

 

BACA SETERUSNYA: Bekalan vaksin bagi dos penggalak dan PICK Remaja mencukupi

Tags: EkonomiInstitusi KewanganPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Boost perkenal insurans perlindungan kereta, CarProtect

Next Post

Malaysia kekal sebagai lokasi menarik bagi syarikat semikonduktor dan E&E

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA