EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

‘Rentas negeri tidak termasuk dalam pengurangan SOP’ – Hishammuddin

by moneycompass
September 21, 2021
in Berita Terkini
rentas negeri
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kebenaran rentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Katanya keputusan berkaitan kebenaran rentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam PPN negeri-negeri yang berkenaan.”

“Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau program vaksinasi Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 yang melibatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz selain beliau sendiri akan diadakan esok.

“Mesyuarat akan memberi fokus terhadap usaha mempermudahkan 181 SOP kepada 10 SOP, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini,” katanya.

Kata Hishammuddin mesyuarat esok juga menjemput Menteri Pelancongan Nancy Shukri bagi memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu juga akan hadir bagi menerangkan tentang potensi kelonggaran-kelonggaran SOP lain dalam sektor sukan.

Hishammuddin berkata pada minggu hadapan Radzi pula dijadual memberi taklimat kepada menteri kuartet mengenai vaksinasi dalam kalangan pelajar, serta perkembangan terkini menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Okt depan.

 

 

BACA SETERUSNYA: Pemulihan ekonomi perlu dibantu oleh institusi kewangan

Tags: PPNRentas negeriSOP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Malaysia kekal sebagai lokasi menarik bagi syarikat semikonduktor dan E&E

Next Post

Bajet 2022 fokus kepada ‘recovery’, ‘resilience’, dan ‘reform’

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA