EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

SOP perlu diteliti kembali sebelum menuju ke fasa endemik

by moneycompass
September 22, 2021
in Berita Terkini
pandemik
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Semua kementerian yang berkaitan diminta meneliti kembali prosedur operasi standard (SOP) yang perlu bagi memastikan kelancaran pembukaan pelbagai sektor ekonomi tanpa ada kekangan, dalam menuju fasa endemik Covid-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri yang terlibat telah dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari lepas.

Muhyiddin berkata ini kerana Malaysia perlu mencari jalan untuk menyeragamkan peraturan mengenai SOP, dan dia memberi contoh amalan sekarang yang membenarkan perjalanan ke Langkawi tanpa permit polis jika menggunakan penerbangan, dan wajib mendapatkan permit polis jika menggunakan pengangkutan darat.

“Kita kena melihat segalanya dengan perspektif yang sama, kerana tujuan kita adalah untuk melihat proses pemulihan tercapai dalam satu jangka masa yang tidak terlalu lama,” katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda Awani terbitan Astro Awani malam tadi.

Sementara itu Muhyiddin berkata dia berharap kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dapat meneruskan agenda pemulihan negara daripada Covid-19, termasuk dalam soal pemulihan ekonomi, dan memastikan kesejahteraan rakyat.

“Yang ini harus diberi perhatian oleh kerajaan dan di pihak saya, saya akan bantu laksanakan…asalkan tidak ada gangguan-gangguan politik yang berpanjangan,” katanya.

Muhyiddin seterusnya menyifatkan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan PH baru-baru ini dapat meredakan krisis politik negara dan membantu mengembalikan fokus kepada usaha memulihkan negara.

Sementara itu merujuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan minggu depan, dia berkata ia perlu perlu mengambil kira bentuk-bentuk sokongan daripada sudut kerajaan dan swasta supaya sektor ekonomi dan sosial akan terus dapat dibuka.

 

 

BACA SETERUSNYA: Bajet 2022 fokus kepada ‘recovery’, ‘resilience’, dan ‘reform’

Tags: COVID-19endemikmalaysiaSOP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tips Memulakan Perniagaan Yang Berjaya

Next Post

‘#reopeningsafely’ fokus perbincangan keputusan kebenaran rentas negeri

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA