KUALA LUMPUR – Principal Asset Management (“Principal”) memperkenalkan Dana Principal Biotechnology Discovery (“Dana”). Dana ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mencapai peningkatan modal melalui skim pelaburan kolektif, yang tertumpu kepada pelaburan dalam sekuriti yang berkaitan dengan bioteknologi , dari bidang farmaseutikal yang semakin meningkat dari segi permintan sehingga ke syarikat berasaskan sains hayat. Dana ini mempunyai pendedahan dalam semua bentuk pasaran sekuriti termasuk yang kecil dan besar dalam bidang bioteknologi.
Menurut Munirah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri bioteknologi telah berkembang dengan pesat dan terlibat dalam banyak sektor seperti kesihatan, farmaseutikal, pertanian, dan genomik. Inovasi terkini dihasikan hampir setiap hari dan menjadi semakin mustahak dalam kita melangkah ke arah masa depan yang lebih maju dan mampan.”
“Pandemik ini telah memperkuatkan daya tahan kebanyakan industri, terutamanya dalam perubatan. Kita telah menyaksikan kejayaan dalam penghasilan vaksin dan kini menuju ke arah pemulihan dari sudut kesihatan awam dan ekonomi. Melalui Dana ini, pelanggan berpotensi untuk meraih keuntungan dan berpeluang untuk mengikuti perkembangan dalam bidang inovasi dan sektor bioteknologi,” tambah beliau.
Melalui Dana Principal Biotechnology Discovery, pelabur yang mahukan peningkatan modal jangka masa panjang mampu memperoleh keuntungan sejajar dengan kemajuan seperti penemuan ubat-ubatan baru dan juga teknologi yang menawarkan asas yang menarik. Dana ini juga mempunyai pendedaha dalam pelaburan dalam firma bioteknologi yang berpusat di Amerika Syarikat. Dana ini turut dikukuhkan dengan kajian berterusan dan perbelanjaan pembangunan, serta mendapat manfaat hasil daripada permintaan kesihatan awam yang semakin meningkat, seiring dengan peningkatan usia penduduk di seluruh dunia.
Dihasilkan sebagai dana perantara, Dana ini dilaburkan dalam satu skim pelaburan kolektif, yang dikenali sebagai Franklin Biotechnology Discovery Fund (“Dana Sasaran”); satu portfolio di bawah Franklin Templeton Investment Funds (“FTIF”). Hampir 95% daripada nilai aset bersih Dana ini dilaburkan dalam Dana Sasaran dan sehingga 5% dari nilai aset bersih Dana ini dilaburkan dalam aset cair untuk tujuan pertukaran yang mudah kepada wang.
Dana ini mempunyai struktur kelas-pelbagai dengan empat kelas saham; Kelas AUD-Hedged, Kelas MYR-Hedged, Kelas SGD-Hedged dan Kelas USD dengan harga tawaran awal AUD 1,000, MYR 1,000, SGD 1,000 dan USD 1,000.
BACA SETERUSNYA: UOB Malaysia bank pertama di Asia Tenggara untuk memanfaatkan ciri Virtual Face-to-Face Prudential
Discussion about this post