EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Dana pinjaman mudah PKS luluskan RM12.43 bilion – Tengku Zafrul

by moneycompass
September 24, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
dana
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM12.43 billion dana telah diluliskan oleh bank-bank tempatan dan disetujui untuk diterima oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah program Dana Pinjaman Mudah PKS setakat 10 Sept, 2021.

Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan, berkata bahawa dana yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) itu akan memanfaatkan kira-kira 26,154 PKS.

“Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES), dan Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF),” katanya juga.

Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, beliau berkata masih ada peluang untung PKS memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.

PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME yang boleh membantu pemadanan pembiayaan yang diperlukan dengan  penyedia dana untuk PKS.

Dalam konteks Geran Pendigitalan PKS pula, setakat 10 September 2021, sebanyak RM96.46 juta telah disalurkan kepada 34,761 PKS dalam bentuk geran padanan.

“Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi membantu PKS untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.”

“Setiap PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),” katanya juga.

Geran yang dibekalkan oleh kerajaan tersebut adalah untuk tempoh lima tahun, sama ada ia bermula pada 17 Februari 2020 atau apabila 100,00 permohonan geran dicapai.

Sementara bawah Skim Jaminan Prihatin DanaJamin (DPGS), Beliau berkata sebanyak RM1.72 bilion dana bagi 52 buah syarikat telah diluluskan daripada 86 permohonan setakat 10 Sept, 2021.

“Dana yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) menyediakan Kemudahan Skim Jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai modal kerja.”

“Skim ini disasarkan kepada perniagaan yang berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat penularan pandemik Covid-19. Di bawah Bajet 2021, program ini turut dilanjutkan dengan syarat-syaratnya ditambah baik,” katanya.

 

 

BACA SETERUSNYA: Kerajaan mampu tampung kenaikan gaji minimum

 

Tags: DanaPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kerajaan mampu tampung kenaikan gaji minimum

Next Post

Kelonggaran rentas negeri hanya setelah 90 peratus populasi dewasa divaksin

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA