EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Vantage-i Series dilancarkan Affin Islamic dan Great Eastern Takaful

by moneycompass
September 27, 2021
in Berita Korporat
Vantage-i Series
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Affin Islamic Bank Berhad (“AFFIN ISLAMIC” atau “Bank”), anak syarikat penuh milik Affin Bank Berhad (“AFFIN BANK”), secara rasmi melancarkan produk terbarunya AFFIN Vantage-i Series, dengan kerjasama Great Eastern Takaful Berhad.

AFFIN Vantage-i Series merupakan siri pelan Takaful bertujuan untuk menyediakan penyelesaian Takaful menyeluruh kepada pelanggan AFFIN ISLAMIC melalui saluran pelanggan dan pengedaran produk yang meluas di seluruh negara. Terdapat tiga pelan Takaful di bawah AFFIN Vantage-i Series, iaitu:

 

  • AFFIN Vantage-i adalah Pelan Takaful Universal Bayaran terhad yang menyediakan pembayaran tunai dan faedah matang dengan dua pilihan jangka masa pembayaran caruman;
  • AFFIN Vantage Legacy-i menawarkan perlindungan sepanjang hayat yang meningkat sehingga matang pada usia 100 tahun (hari lahir berikutnya) dengan membayar caruman selama lima (5) tahun;
  • AFFIN Vantage Term-i menawarkan jumlah perlindungan asas bermula dari RM250,000.

 

Dengan kerjasama ini, pelanggan AFFIN ISLAMIC akan memperoleh akses kepada produk Takaful keluarga Great Eastern Takaful. Kolaborasi yang bermula dari 2018 ini turut menyaksikan kedua-dua syarikat meneroka peluang kerjasama untuk menawarkan solusi Takaful baharu yang disesuaikan khas bagi menepati keperluan pelanggan Bank.

En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad berkata, “Kerjasama strategik ini merupakan sebahagian daripada strategi perniagaan kami untuk meningkatkan portfolio Bancatakaful sebagai salah sebuah pemacu utama perniagaan kami. Kerjasama bersama Great Eastern Takaful ini sejajar dengan strategi perniagaan Bank yang memberi tumpuan kepada kolaborasi produktif untuk mengukuhkan asas kami dalam industri perbankan”.

Beliau menambah, “Dengan pengenalan ‘AFFIN Vantage-i Series’, pelanggan tetap dan baharu di 111 cawangan AFFIN BANK dan AFFIN ISLAMIC akan mendapat manfaat daripada pelan Takaful menyeluruh Great Eastern Takaful, yang memberikan mereka pelbagai kelebihan dan perlindungan terperinci. Kami yakin bahawa kerjasama strategik ini sangat menguntungkan kedua-dua pihak dan memudahkan pelanggan memenuhi keperluan mereka”.

En. Shahrul Azlan, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful berkata, “Di Great Eastern Takaful, kami didorong oleh budaya yang fokus kepada kecekapan dan kemampuan kami untuk menjangka trend ketika membangunkan produk bagi asas demografik yang meluas. Ditambah pula ketangkasan operasi kami memanfaatkan teknologi meletakkan kami di barisan hadapan dalam memastikan penyesuaian dan penyampaian yang pantas”.

Siri Vantage ini merupakan kemuncak daripada proses yang terbaik dalam penyampaian pelan inovatif mengikut keperluan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah. Kekuatan kami, ditambah dengan rangkaian pengedaran dan pelanggan AFFIN yang meluas, merupakan kerjasama berterusan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak,” tambah beliau.

Pelancaran ini disaksikan oleh En. Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti Affin Bank Berhad dan En. Ferdaus Toh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad. Turut hadir dalam pelancaran produk tersebut, pihak pengurusan kanan AFFIN BANK, AFFIN ISLAMIC dan Great Eastern Takaful.

 

 

BACA SETERUSNYA: Maybank Investment Bank, UOB Malaysia taja jamin bersama kemudahan Islam bagi pengambilalihan MCB

Tags: AffinGreat EasternVantage i-Series
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Webinar Keluarga Malaysia Mengetengahkan Kepentingan Literasi Kewangan Dalam Kalangan Belia

Next Post

Evergrande sebagai Lehman Brothers 2.0?

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA