EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Webinar Keluarga Malaysia Mengetengahkan Kepentingan Literasi Kewangan Dalam Kalangan Belia

by moneycompass
September 27, 2021
in Berita Utama
Keluarga Malaysia
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Yayasan Prihatin Nasional, Malaysia Literacy in Financial Education Association (MyLIFE), Federation of Malaysia Business Associations (FMBA) dan uLearnMONEY dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Webinar Keluarga Malaysia telah diadakan menggunakan Platform Zoom dan disiarkan secara langsung di Facebook Live dengan sokongan yang luar biasa. Webinar maya ini telah diadakan pada 22 September 2021, dari 2 petang ke 5 petang. 

Dengan tema ‘Keluarga Malaysia’ acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan anak muda Malaysia di samping memupuk semangat perpaduan Malaysia dalam masa yang sukar ini. Webinar tersebut dihadiri oleh Adjunct Professor Maxshangkar, Pengasas & CEO Max Capital Management, Ms Amy Seok, Pengasas MyLIFE, Mr. Brandon Ng, Setiausaha Kehormat MyLIFE, and Mr. KP Ng, Bendahari Kehormat MyLIFE yang membuka sesi tersebut dengan ucapan tentang kepentingan memupuk pengetahuan kewangan dan kemahiran mengurus wang dalam kalangan belia Malaysia dan memuji usaha pihak penganjur yang telah berjaya menyusun acara yang amat bermanfaat ini untuk generasi muda. 

Webinar ini disasarkan kepada para pelajar dari pelbagai peringkat umur, rendah, menengah, dan pengajian tinggi. Ia telah dihadiri lebih 400 pelajar dari pelbagai sekolah dan universiti. Acara ini juga mempromosikan Kempen CSR MyLIFE Food Bank & Youth Financial Education dan menjemput para peserta, yang merangkumi ibu bapa dan guru-guru pelajar yang terlibat untuk menyumbang kepada kempen CSR tersebut bagi mengumpul dana untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik dengan memberi keperluan harian kepada mereka di samping meningkatkan literasi kewangan generasi muda hari ini. 

Sesi webinar tersebut bermula dengan sesi perkongsian untuk pelajar sekolah rendah dari En. Maximus Phen, Pengasas dan CEO E2E Academy Sdn. Bhd, di mana topik beliau adalah ‘Master Money Kids vs Monster Money Kids’. Sesi kedua bagi pelajar sekolah menengah menyaksikan sesi perkongsian dari Cik Evonne Chen, Pengurus Amalan dari FA Advisory Sdn. Bhd. dimana beliau membincangkan tentang ‘Financial Tips for Teens’. Akhir sekali, Abang Abu, Pengasas Now Asia International Sdn. Bhd. berkongsi tajuk ‘Money Management for Youngsters During Pandemic’ kepada pelajar institut pengajian tinggi. 

Sebagai salah satu penyokong dan kolaborator kuat Financial Education Network (FEN), Keluarga Malaysia 2021, yang telah dilancarkan secara rasmi pada 14 September 2021, bertujuan untuk mengajar dan meningkatkan kesedaran and pengetahuan semua rakyat Malaysia tentang kepentingan mempunyai pengetahuan kewangan yang asas, tanpa mengira usia, kaum, dan latar belakang. Sama penting adalah untuk mempromosikan masyarakat yang bersatu padu dan memupuk perpaduan Malaysia yang kuat.

Salah satu acara utama di bawah Keluarga Malaysia 2021 adalah Keluarga Malaysia Financial e-Fair, di mana pengunjung boleh mengunjungi e-booth interaktif oleh peserta pameran dari pelbagai institusi kewangan di platform dalam talian SME e-Fair. Antara acara lain yang akan diadakan sepanjang acara ini adalah Pertandingan Menulis Literasi Kewangan Keluarga Malaysia, Pertandingan Kuiz Literasi Kewangan Keluarga Malaysia.

Walaupun Keluarga Malaysia 2021 kebanyakannya berkaitan dengan kewangan, ada juga aktiviti yang tidak berkaitan dengan kewangan untuk mengumpulkan khalayak dan penyertaan yang lebih luas. Pertandingan Mewarna & Melukis Keluarga Malaysia akan melibatkan penyertaan pelajar sekolah dari pelbagai institusi pendidikan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Sarawak, dari tadika hingga peringkat sekolah menengah. Satu lagi acara menarik yang akan diadakan ialah Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Motivasi Keluarga Malaysia yang telah mula meminta penyerahan sejak 4 September 2021. Tarikh akhir untuk semua peraduan adalah pada 5 Oktober 2021.

Webinar Keluarga Malaysia boleh ditonton semula di laman Facebook e-Fair SME rasmi melalui pautan ini: https://fb.watch/8c8RDGIu9/

Bagi mereka yang berminat untuk menderma ke dana CSR MyLIFE, sila kunjungi https://qr.tngdigital.com.my/m/281011057908216853651302793 dan sumbangkan dana anda di bawah akaun uLearnMONEY.

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai acara Keluarga Malaysia 2021, sila lawati laman web rasmi di smeefair.com.my/mymalaysia2021.

 

 

BACA SETERUSNYA: Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Motivasi MyMALAYSIA beri peluang kepada peserta untuk serlahkan bakat

Tags: Keluarga MalaysiaSME e-Fair 2021Webinar
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Arab Saudi dan Malaysia kekal utuh bersama

Next Post

Vantage-i Series dilancarkan Affin Islamic dan Great Eastern Takaful

Related Posts

MyMalaysia
Berita Utama

Anugerah MyMalaysia 2021 iktiraf jenama dan syarikat Malaysia yang cemerlang dengan inisiatif patriotik

24 Nov 2021
Webinar
Berita Utama

Webinar Kewangan MyMALAYSIA kaedah promosikan kepentingan literasi kewangan kepada belia

17 Sep 2021
Keluarga Malaysia
Berita Utama

Keluarga Malaysia 2021 Pupuk Literasi Kewangan Yang Lebih Baik dan Semangat Perpaduan Antara Rakyat Malaysia

17 Sep 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA