KUALA LUMPUR – Skynfyx, doktor kulit digital pertama di Malaysia, telah memilih CTOS eKYC sebagai kaedah penyelesaian untuk menerima pesakit baharu, mendaftar sesi konsultasi berulang serta juga mendispens preskripsi ubat-ubatan secara digital. Penerimagunaan Skynfyx terhadap CTOS eKYC melambangkan penerokaan pertama CTOS dalam industri penjagaan kesihatan dalam urusan penerimaan pesakit dan kaedah penyelesaian penentusahan identiti.
Skynfyx menyediakan perkhidmatan perundingan perubatan dalam talian bagi segala masalah kulit dan menawarkan preskripsi peribadi dengan cara yang pantas dan mampu milik. Sebagai salah satu di antara sebilangan syarikat baharu yang dilancarkan dalam 2021, Skynfyx menerjuni industri perubatan menerusi ruang digital yang telah menjadi Norma Baharu bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
“Pengamalan perubatan dalam talian termasuk di bawah Akta Teleperubatan 1997 yang menyebut bahawa sesiapa yang berbuat demikian dikehendaki menyimpan rekod perubatan yang sempurna termasuk nama pesakit, identiti, alamat dan nombor hubungan,” jelas Dr. Lim Ing Kien, Pengasas Skynfyx. “CTOS eKYC akan dapat mengesan sebarang keabnormalan pada mana-mana bakal pesakit baharu dan juga akan membuahkan proses
yang lebih pantas dan lebih cekap bagi para pelanggan.”
CTOS eKYC merupakan suatu sistem penentusahan identiti digital yang cepat, mudah guna dan terjamin selamat disediakan oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd, iaitu agensi pelaporan kredit terulung di Malaysia, yang menolong perniagaan menentusahkan pelanggan secara digital. Kaedah ini mengetepikan keperluan penentusahan identiti pelanggan secara manual dan bersemuka bagi Skynfyx, hal ini menyingkatkan masa penerimaan kepada beberapa saat sahaja, dalam pada itu memastikan preskripsi yang betul dihantar kepada pesakit yang
betul.
“Kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan CTOS eKYC diterimaguna dalam lebih banyak sektor termasuk pasaran kenderaan dan hartanah, melampaui ruang perkhidmatan kewangan tradisional, lantaran meningkatnya keyakinan terhadap ciri-ciri serba boleh dan keupayaan kaedah ini,” tegas Eric Chin, CEO of CTOS Data Systems Sdn Bhd. “Ketika kita sekarang melangkah masuk dalam industri perubatan dengan Skynfyx, kita dapat melihat
nilai terbukti yang dibawa oleh CTOS eKYC untuk mempermudah transformasi digital merentasi jajaran pasaran yang lebih meluas.”
Dr. Lim turut menyuarakan hal yang sama; “Semasa ini penentusahan manual mengambil masa 60 saat. CTOS eKYC akan mengurangkan lagi masa itu kepada kurang lima saat, ini bermakna pengurangan 90% masa penentusahan pesakit. Pihak kami menjangka CTOS eKYC dapat membantu kami menambahkan bilangan pelanggan sebanyak 50% menjelang akhir 2021.”
Penentusahan identiti pesakit sangatlah penting untuk keperluan capaian atau akses kepada maklumat perubatan dan sejarah rawatan yang relevan untuk menentukan pihak pengamal dapat memberikan penjagaan yang konsisten dan wajar kepada individu yang betul. Kaedah penyelesaian penentusahan digital seperti CTOS eKYC bukan sahaja akan menambahbaik perjalanan rawatan pelanggan tetapi juga menawarkan pendekatan
pengurusan risiko yang mantap yang begitu penting kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan digital yang semakin berkembang di Malaysia.
BACA SETERUSNYA: Lazada Start It Up, Laz It Up: Cara mudah pendaftaran penjual dengan hanya tiga langkah
Discussion about this post