EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Februari 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

China sumbang satu juta dos Sinovac kepada Malaysia

by moneycompass
September 30, 2021
in Berita Terkini
China
Share on FacebookShare on WhatsApp

PUTRAJAYA – China akan menyumbangkan satu juta dos vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) tambahan kepada Malaysia atas dasar persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara dan sesama rakyat, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan keputusan itu disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Rabu.

“Sebelum ini, Kerajaan China pada Julai 2021 telah menyumbangkan 500,000 dos vaksin Sinovac untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Menurut Wisma Putra, Saifuddin merakamkan penghargaan Malaysia kepada Kerajaan China atas sumbangan terbaru ini.

“Malaysia dan China telah bekerjasama sejak tercetus wabak COVID-19,” tambahnya.

Kenyataan itu memaklumkan China menunjukkan solidariti dengan Malaysia dengan menyumbangkan bekalan peralatan perubatan seperti topeng pelitup muka, peralatan pelindung diri (PPE) dan ventilator, selain menghantar sepasukan pakar kesihatan dari Guangzhou untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam rawatan pesakit dan pengurusan data.

Sementara itu, Malaysia juga telah menyumbang wang tunai US$1 juta, 18 juta sarung tangan getah dan 15 tan barang makanan ke China semasa wabak mula menular di Wuhan

Kedua-dua Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dalam Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dalam Era Pasca-COVID-19 masing-masing pada 18 November 2020 dan 1 April 2021. Kerajaan China juga telah meletakkan Malaysia dalam senarai keutamaan penerima vaksin buatan China pada Oktober 2020.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama Putrajaya dan Beijing untuk menangani wabak ini secara berkesan, menuju ke pemulihan penuh bagi kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, perbualan telefon kedua-dua menteri itu pagi ini bagi memperbaharui hubungan kerja dan persahabatan serta berkongsi dan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa semasa.

Kedua-dua Menteri Luar itu menyatakan komitmen berterusan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia erat dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, Kedua-dua negara ini juga akan terus mengembangkan kerjasama dua hala ke bidang baharu, terutama dalam teknologi dan industri baharu, misalnya ekonomi digital dan keselamatan siber, untuk manfaat bersama demi rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua Menteri juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terkini di Laut China Selatan.

 

 

BACA SETERUSNYA: 85.1 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

Tags: ChinaSinovacVaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kenaikan ringgit dipacu harga minyak meningkat

Next Post

U Mobile telco pertama dan satu-satunya tawarkan produk telco-ansurans layak bagi Program Baucar Perlindungan Tenang

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA