KUALA LUMPUR – U Mobile mencapai satu lagi kejayaan sebagai pembekal perkhidmatan telekomunikasi (telco) digital dengan menjadi satu-satunya syarikat dalam industri yang menawarkan produk telco-asurans (‘telcoassurance’) yang layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang.
Program yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia ini bakal membantu golongan penerima inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berkelayakan menerima baucar RM50 untuk membeli pelan insurans dan Takaful yang termasuk dalam skim tersebut.
Untuk pelanggan U Mobile baharu dan sedia ada yang layak menerima baucar tersebut, mereka akan menikmati perlindungan selama 5 bulan berjumlah RM50 untuk produk insurans hayat mikro (‘microinsurance’) dikenali sebagai GoLife 10, yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad. GoLife 10, seperti semua produk telcoassurance U Mobile yang lain, dapat diakses dan diurus melalui laman web U Mobile dan aplikasi MyUMobile yang menawarkan pengalaman transaksi tanpa sentuh yang memudahkan pelanggan.
Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, berkongsi bahawa syarikat komited untuk merealisasikan setiap potensi dan dengan itu telah memperluas tawaran digitalnya secara agresif dalam usaha ke arah menjadi telco digital terbaik di negara ini. Usaha awal menjadi telco pertama dan satu-satunya yang menawarkan produk telcoassurance mampu milik dan mudah diakses membuktikan syarikat mempunyai keupayaan segera untuk menyediakan produk yang memenuhi syarat untuk Program Baucar Perlindungan Tenang.
“Kami berharap langganan selama 5 bulan untuk produk insurans hayat mikro GoLife 10 yang ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia akan memberi manfaat kepada pelanggan U Mobile baharu dan sedia ada serta memberikan perlindungan yang sangat diperlukan untuk diri mereka dan orang tersayang dalam masa sukar ini.”
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Negara/ Presiden Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, “Di Sun Life, matlamat kami adalah jelas – untuk membantu orang ramai mencapai kesejahteraan kewangan seumur hidup dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan sejak tahun 2017, kami telah bekerjasama dengan U Mobile untuk menjadikan insurans hayat/Takaful keluarga berpatutan dan dapat diakses oleh masyarakat yang kurang mendapat perhatian.”
BACA SETERUSNYA: Skynfyx jangka peningkatan pelanggan 50% dengan menggunakan CTOS eKYC bagi pengurusan pesakit
Discussion about this post