EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

2022 dijangka bawa perkembangan ekonomi kepada Malaysia

by moneycompass
Oktober 5, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
ekonomi

People wearing protective masks cross a street in front of Petronas Twin Towers, amid the coronavirus disease (COVID-19) outbreak in Kuala Lumpur, Malaysia January 11, 2021. REUTERS/Lim Huey Teng

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR -Seiring dengan pemulihan ekonomi dan perdagangan dunia pada separuh kedua 2021, ekonomi Malaysia dijangka untuk melalui perkembangan yang kukuh pada 2022 dengan peningkatan negara yang mempergiat usaha vaksinasi.

Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan bahawa pelaksanaan langkah rangsangan secara berterusan akan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dijangka kekal kukuh pada 6.0 peratus berdasarkan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa manakala 5.8 peratus menurut Bank Dunia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang kedua

“Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, pemulihan Malaysia amat bergantung kepada pemulihan ekonomi global terutamanya rakan dagang utama negara,” katanya.

Dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pengerusi, mesyuarat itu diadakan buat kali kedua pada tahun ini bagi melakukan perbincanga tentang keadaan ekonomi negara serta situasi fiskal semasa, unjuran fiskal jangka sederhana dan kedudukan hutang kerajaan Persekutuan.

Ahli jawatankuasa tersebut merangkumi Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Menurut Kementerian Kewangan, prospek pemulihan ekonomi dalam masa terdekat lebih memberangsangkan, disokong oleh pembukaan semula pelbagai sektor secara sistematik di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk aktiviti sosial seperti makan di restoran dan pelancongan.

Katanya pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan dan bantuan yang tepat pada masanya turut memberikan pemangkin tambahan kepada pemulihan yang ditunjukkan oleh indikator yang lebih baik.

“Ini seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan kembali berkembang kukuh sebanyak 40.1 peratus dan 19.8 peratus pada April dan Mei 2021 berbanding penguncupan 28.8 peratus pada April 2020.

“Bagaimanapun, pertumbuhan KDNK bulan Jun merosot 4.4 peratus disebabkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada pertengahan Mei dan Fasa 1 PPN pada awal Jun,” katanya.

Selain itu, katanya pemulihan dalam pasaran buruh dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 4.8 peratus pada Julai 2021 berbanding paras tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020 dan peningkatan jualan sektor pembuatan sebanyak 0.6 peratus kepada RM119.8 bilion pada Julai 2021 berbanding penguncupan 33 peratus pada April 2020.

Seterusnya peningkatan perdagangan luar dengan aktiviti eksport yang berkembang sebanyak 18.4 peratus kepada RM95.6 bilion pada Ogos 2021 manakala aktiviti import meningkat 12.5 peratus kepada RM74.2 bilion, katanya.

Kementerian Kewangan berkongsi bahawa kenaikan Indeks Pelopor sebanyak 0.5 peratus pada Julai 2021 selepas merosot sebanyak 6.0 peratus pada April 2020 yang menunjukkan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur dalam jangka pendek dan prospek ekonomi yang bertambah baik menjelang 2022.

 

 

BACA SETERUSNYA: Asia Pasifik mula pulih dari varian Delta

Tags: 2022EkonomiMoF
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Asia Pasifik mula pulih dari varian Delta

Next Post

CW Berita Kewangan: Varian Delta perlahankan pertumbuhan ekonomi di Asia Timur, Pasifik

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA