EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Asia Pasifik mula pulih dari varian Delta

by moneycompass
Oktober 5, 2021
in Berita Pasaran Global
Asia Pasifik
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Asia Pasifik sedang memulakan tempoh pemulihan daripada gelombang varian Delta COVID-19 dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi merentasi rantau ini pada suku keempat 2021, demikian menurut Moody’s Analytics.

Ketua Asia Pasifik (APAC) Moody’s, Steve Cochrane, berkata kawalan pergerakan yang dilaksanakan di Asia Tenggara bagi membendung gelombang Delta pada suku sebelum ini menjadikan ekonominya hampir lumpuh.

Namun, katanya ia tidak akan kekal memandangkan beberapa negara kini mula melonggarkan kawalan pergerakan ketika kes pandemik mulai berkurangan.

“Negara seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand selain Jepun kini mula melonggarkan semula kawalan pergerakan apabila jumlah kes turun.

“Malah, Filipina sedang merangka perintah kawalan pergerakan lebih bersasar, walaupun kes harian dan kematian berkaitan COVID-19 kekal sangat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Cochrane berkata, ketidaktentuan COVID-19 dan impaknya terhadap rantaian bekalan global serta pengeluaran perindustrian adalah risiko terbesar kepada ekonomi Asia Pasifik menuju 2022.

Katanya, walaupun gelombang varian Delta semakin reda, tindak balas pantas pembuat dasar untuk melonggarkan sekatan pergerakan boleh mendedahkan rantau ini kepada varian lain yang tidak diketahui.

Negara seperti Filipina, Vietnam, Indonesia dan Thailand adalah yang paling berisiko berikutan kadar vaksinasi yang rendah setakat ini.

India juga berdepan risiko sama, walaupun terdapat peluang negara itu memperoleh kadar imuniti semulajadi yang tinggi susulan dua gelombang jangkitan besar yang dialaminya sebelum ini.

“Dasar fiskal dan monetari turut mencetuskan risiko kepada prestasi ekonomi pada 2022. Setakat ini, negara seperti Malaysia, Singapura dan Jepun dilihat akan meneruskan pelan perbelanjaan berkembang menuju 2022.

“Australia sudah memulakan proses penyatuan fiskal ketika ia mengehadkan sokongan luar biasa kepada penganggur, manakala China bertindak awal untuk mengurangkan program perbelanjaan besasar yang menyokong sektor pembuatan dan infrastruktur, namun kini menyuntik kecairan yang agak besar ke dalam sistem kewangannya bagi menjamin kestabilan susulan krisis hutang Evergrande,” katanya.

Menurut Cochrane, peningkatan hutang di rantau Asia Pasifik dan jangkaan lonjakan inflasi membentuk risiko bank-bank pusat akan mengetatkan dasar monetari masing-masing sebelum unjurannya iaitu pada separuh kedua tahun depan.

“Malah, Bank of Korea adalah (bank pusat) pertama menaikkan kadar dasar ketika ia berusaha membendung hutang isi rumah yang tinggi dan peningkatan harga hartanah,” katanya.

-BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Parlimen bermesyuarat bagi sesi penggulungan RMKe-12 hari ini

Tags: asiaAsia PasifikDeltaVarian Delta
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Parlimen bermesyuarat bagi sesi penggulungan RMKe-12 hari ini

Next Post

2022 dijangka bawa perkembangan ekonomi kepada Malaysia

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA