KUALA LUMPUR – UOB telah dianugerahkan Bank Terbaik Dunia untuk PKS di Anugerah Kecemerlangan Global Euromoney 2021 berdasarkan kesalinghubungan serantau, kepakaran dan sokongan berterusan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membolehkan pemulihan dan pertumbuhan selepas pandemik. Kemenangan terbaru ini menyusul kemenangan anugerah PKS utama lain oleh Bank termasuk Bank PKS Terbaik di Singapura dan Asia Pasifik di Anugerah Antarabangsa Perkhidmatan Kewangan Runcit anjuran The Asian Banker pada Jun tahun ini.
Membangun model perniagaan yang berdaya tahan sepanjang pandemik
PKS merupakan tulang belakang ekonomi serantau. Memahami ini, UOB telah bertindak pantas pada permulaan wabak COVID-19 untuk memberikan sokongan kepada PKS. Pada Mac 2020, UOB Malaysia melancarkan program Bantuan COVID-dari segi kewangan oleh pandemik tersebut.
Tambahan lagi, Bank juga merupakan yang pertama menubuhkan pasukan petugas penstrukturan khusus yang melibatkan pelanggan secara aktif untuk memahami cabaran yang dihadapi mereka selain memberi sokongan dalam menyusun semula keperluan kewangan mereka. Sehingga kini, UOB telah membantu lebih 20,000 PKS di seluruh rantau ini bagi memastikan perniagaan mereka terus beroperasi. Di Malaysia, Bank menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk moratorium pembayaran balik kewangan dan juga
bantuan pembayaran balik tersasar kepada lebih 3,600 PKS.
Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB, berkata, “Kami memahami cabaran berbeza yang dihadapi oleh PKS apabila menghadapi gangguan yang disebabkan oleh pandemik dan terus berdiri teguh dengan pelanggan kami dalam membantu mereka menghadapi krisis. Sebagai tambahan kepada sokongan yang disediakan, kami juga membantu pelanggan PKS mengubah perniagaan mereka secara digital, merebut peluang rentas sempadan dan maju dengan penuh tanggungjawab untuk pertumbuhan jangka panjang.
“Anugerah Bank Terbaik Dunia untuk PKS dari Euromoney ini adalah bukti usaha berterusan UOB dalam
memahami keperluan pelanggan PKS dan menjadikannya sebagai teras kepada penyelesaian dan
perkhidmatan yang kami tawarkan. Kami komited dalam menyokong pelanggan PKS kami sepanjang
kitaran ekonomi dan pasaran dan bekerjasama dengan mereka untuk membina perniagaan yang lebih
berdaya tahan dan mampan.”
Menyokong PKS dalam transformasi digital mereka
Menyedari betapa pentingnya digitalisasi dalam membangunkan perniagaan yang mampan, keperluan yang dipercepat oleh pandemik COVID-19, UOB telah membolehkan lebih banyak PKS menggunakan pembayaran digital. Di Malaysia contohnya, UOB mCollect dibangunkan sebagai penyelesaian pengumpulan tunai digital bersepadu dengan DuitNow, dan dirancangkan bagi membantu syarikat memudahkan proses pengumpulan dan penyesuaian tunai mereka.
UOB juga menawarkan rangkaian penyelesaian lengkap untuk membantu PKS mendigitalkan operasi mereka sambil kekal relevan dalam ekonomi digital. UOB SmartBusiness merupakan rangkaian penyelesaian perniagaan bersepadu yang meningkatkan produktiviti. PKS yang menggunakan penyelesaian UOB SmartBusiness mencatat pertumbuhan pendapatan antara 15 hingga 30 peratus antara April 2020 dan Mac 2021, berbanding dengan yang belum menggunakan penyelesaian ini. Pada Mac 2021, lebih 10,000 PKS di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia telah meraih manfaat daripada UOB SmartBusiness sejak ia dilancarkan pada 2016.
UOB juga memanfaatkan kemampuan digitalnya yang mantap, seperti enjin penajajaminan kredit berkuasakan analitik data yang dapat menilai dan bertindak balas dengan cepat terhadap keperluan kewangan PKS, terutamanya semasa pandemik.
Puan Louise Bowman, Pengarang Euromoney, berkata, “UOB telah mengubah mesin penajajaminannya secara radikal dengan menggunakan metrik data alternatif baharu untuk menganalisis pengurusan risikonya. Dan UOB bukan hanya menyediakan perkhidmatan digital yang inovatif untuk membantu syarikat kecil ini dari segi kewangan; ia telah memperkenalkan penyelesaian PKS yang menggabungkan perakaunan, senarai gaji serta fungsi sumber manusia yang lain untuk membolehkan PKS menguruskan bahagian logistik dalam operasi.”
UOB Malaysia memenangi empat anugerah industri di Anugerah Asian Banking and Finance 2021
Di Malaysia, UOB juga telah menerima empat penghargaan industri di Anugerah Asian Banking and Finance (ABF) 2021. Anugerah tahunan ini mengiktiraf bank paling inovatif dan terkemuka di seluruh Asia. UOB Malaysia diberi penghargaan kerana tumpuan strategiknya dalam mempererat hubungan dengan pelanggan dan menawarkan penyelesaian yang tepat bagi membantu mereka menangani cabaran dalam ketidakpastian yang timbul akibat pandemik COVID-19.
UOB Malaysia telah memenangi anugerah berikut:
Anugerah Perbankan Borong ABF 2021
– Bank Perdagangan Antarabangsa Tahunan (Malaysia) – untuk tiga tahun berturut-turut;
– Inisiatif Antarabangsa Tahunan (Malaysia);
Anugerah Perbankan Runcit ABF 2021
– Bank Runcit Antarabangsa Tahunan (Malaysia); dan
– Inisiatif Perbankan Digital Tahunan (Malaysia).
UOB Malaysia adalah antara hanya tujuh bank di negara ini yang diiktiraf dalam Anugerah ABF tahun ini oleh panel pakar industri. Setiap bank yang memenangi anugerah telah menonjol dengan pelbagai kemampuan termasuk daya tahan korporat, inovasi dan kemampuan untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan pilihan pelanggan dalam tempoh krisis.
Encik Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Kami berbesar hati memenangi anugerah industri ini, terutamanya dipilih sebagai Bank Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa kami berada di barisan hadapan dalam menyediakan penyelesaian progresif kepada pelanggan di Malaysia selama 70 tahun. Kami berasa rendah hati bahawa dedikasi terhadap dan sokongan daripada pelanggan kami diiktiraf dan dipandang tinggi oleh industri. Kami akan kekal teguh dalam membantu pelanggan mengatasi cabaran pandemik dan memenuhi keperluan mereka sambil terus mempererat hubungan kami dengan mereka.”
BACA SETERUSNYA: MERCY Malaysia terima RM100,000 dari UOB, kurangkan beban hospital
Discussion about this post