EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Rentas negeri dibenarkan, SOP lama kekal

by moneycompass
Oktober 11, 2021
in Berita Terkini
rentas negeri
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Larangan rentas negeri yang diumumkan kerajaan atas usaha membendung penularan COVID-19 telah diangkat.

Perdana Menteri, Ismail Sabri, pada Oktober 10 telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi. Individu lengkap divaksin tidak perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai Isnin, 11 Oktober.

Kelonggaran ini dibuat hanya selepas Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, mengumumkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah menampakkan kadar vaksinasi lengkap sebanyak 90 peratus bagi populasi dewasa Malaysia. Data yang lebih lanjut boleh diperolehi melalui laman sesawang COVIDNOW.

“Saya ingin mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan,” kata Perdana Menteri.

#ReopeningSafely akan memerlukan kerjasama daripada rakyat negara ini dalam usaha membantu pembukaan semula ekonomi, katanya juga. Pematuhan SOP amat penting bagi memastikan Malaysia tidak mengalami kenaikan kes COVID-19 dan gelombang pandemik yang keempat.

Mereka yang bergejala dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan rentas negeri sehingga sembuh bagi mengurangkan risiko jangkitan. Dan epada yang didapat positif, kuarantinkan diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera.

“Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).”

Sementara itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan. Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin.

“Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in, dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi,” beliau menambah.

 

 

BACA SETERUSNYA: MyLife ASEAN Financial Literacy Forum 2021 Menumpukan Pada Isu Literasi Kewangan Di Wilayah ASEAN

Tags: COVIDmalaysiaRentas negeri
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Program Bantuan COVID-19 UOB Malaysia berjumlah RM23.8 bilion disediakan kepada 33,000 pelanggan yang terjejas dari segi kewangan oleh pandemik

Next Post

Malaysia masuk senarai pemerhatian EU bagi dasar cukai

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA