KUALA LUMPUR – Hari Atritis Sedunia diraikan pada 12 Oktober setiap tahun dan merupakan satu hari kesedaran global yang penting bagi memberikan suara kepada golongan yang terjejas ekoran penyakit-penyakit reumatik dan muskuloskeletal (RMD). Bagi sambutan kali ini, satu tinjauan dalam talian telah diadakan oleh ELMA Research untuk Viatris di Thailand, Malaysia, Korea Selatan dan China bagi menyiasat impak emosi, praktikal dan fizikal ekoran sekatan COVID-19 terhadap kualiti kehidupan mereka yang menghidapi osteoartritis dan sakit sendi.
Osteoartritis (OA) adalah salah satu daripada 10 penyakit paling melemahkan tubuh di negara-negara maju dan prevalensnya meningkat dengan usia dan indeks jisim badan . Dijangkakan prevalens OA akan meningkat ke kira-kira 350 juta orang menjelang tahun 2025. OA membawa kepada penyusutan kualiti kehidupan dan bagi penghidap kurang upaya, OA adalah antara kemungkinan punca kematian awal dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kematian. Untuk menangani cabaran berdepan dengan populasi berusia, Pertubuhan Kesihatan Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membentuk sebuah inisiatif yang bertajuk “Dekad Penuaan Sihat”. Inisiatif ini menggalakkan penjagaan bersepadu dan jangka panjang bagi pengurusan keadaan-keadaan kronik.
Secara keseluruhannya, sakit sendi merupakan satu keadaan yang menyukarkan kehidupan penghidap. Satu pertiga daripada responded tinjauan, termasuk 17% di Malaysia, berpandangan keadaan tersebut memberikan impak signifikan terhadap kualiti kehidupan mereka pada hari-hari biasa. Menurut 43% individu yang menghidapi OA dan sakit sendi, keadaan menjadi lebih buruk ketika langkah-langkah kawalan sosial dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19. Di Malaysia, angka ini meningkat kepada 45%.
Langkah-langkah kawalan yang penting bagi mengekang pandemik global ini memberikan impak fizikal dan psikologi kepada individu yang mengalami OA dan sakit sendi. Di peringkat global, kira-kira empat dalam 10 individu mendapati ia lebih sukar untuk mengatasi keadaan mereka daripada aspek emosi dan fizikal. Manakala di Malaysia, 40% dan 39% responden masing-masing menghadapi kesukaran menguruskan keadaan mereka secara emosi dan praktikal, disebabkan oleh tekanan tambahan yang berkaitan dengan langkah kawalan yang dilaksanakan, seperti pengasingan sosial dan kawalan pergerakan.
Senaman minda dan tubuh, pengawalan berat badan dan pelan pemakanan yang sihat merupakan elemen penting dalam pengurusan penyakit sendi dan OA. Sekatan COVID-19 memberi kesan kepada kemungkinan untuk bersukan dan mengambil bahagian dalam aktiviti riadah seperti berjalan atau bersosial justeru ia telah meyukarkan lagi kehidupan pesakit.
Osteoartritis boleh membawa kepada kematian pramatang. Oleh itu, usaha-usaha pencegahan seharusnya amat digalakkan. Diagnosis dan akses awal terhadap rawatan bersama kesedaran yang lebih tinggi serta keupayaan untuk untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit ini adalah amat kritikal.
Kesukaran yang dihadapi pesakit Osteoartritis dan sakit sendi semasa COVID-19 membawa kepada peningkatan keperluan sokongan daripada penjaga mereka. Kira-kira separuh (55%) daripada responden global yang mengambil bahagian menyatakan kebergantungan kepada penjaga mereka untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti harian semasa tempoh kawalan pergerakan. Malaysia berada di bawah kadar purata global dengan catatan 54%. Sungguhpun demikian, empat dalam 10 pesakit bergelut untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan dan satu dalam 10 tidak mampu mendapatkan sebarang sokongan. Di Korea Selatan, 28% responden berkata mereka tidak mendapat sokongan langsung.
Individu yang menghidapi sakit sendi perlu kerap mendapatkan nasihat doktor untuk menguruskan penyakit yang dialami dan mengikut pelan rawatan yang betul. Semasa COVID-19, kualiti hubungan ini kekal, malah ada juga bertambah baik. Peranan ahli farmasi juga tidak berubah dari aspek kekerapan dan pengesyoran rawatan proaktif. Namun, perubahan yang dilihat di peringkat global adalah saluran perhubungan antara pesakit dengan doctor, dengan peningkatan penggunaan telefon (51%) and saluran digital (43%) sebagai medium rundingan. Di Malaysia, peratusan ini masing-masing mencecah 55% dan 39%. Hanya di Korea Selatan, 60% mengekalkan saluran utama iaitu rundingan secara bersemuka. Apabila ditanya mengenai masa hadapan dalam keadaan “normal baharu” selepas COVID-19, terdapat jangkaan bagi kebanyakan responden (65%) untuk janji temu secara bersemuka dengan rundingan dalam talian dan telefon sebagai pilihan kedua. Sungguhpun sekatan COVID-19 sebelum ini kian dibenarkan, impak pandemik ini masih belum berakhir dan hampir separuh daripada responden tinjauan, termasuk 47% di Malaysia, dijangka akan mengambil masa setahun lagi sebelum kehidupan kembali normal.
“Misi Viatris adalah untuk memperkasakan individu di seluruh dunia untuk hidup lebih sihat di setiap peringkat usia. Berpegang pada misi ini, kami komited untuk mengutamakan Osteoartritis agar ia dapat didiagnosis dan dirawat seawal mungkin, seterusnya memberi impak langsung terhadap kualiti kehidupan pesakit,” jelas Jeff Bote, Pengurus Negara, Viatris Malaysia dan Brunei.
BACA SETERUSNYA: YTL Foundation, YES Jalin Kerjasama Dengan Universiti Awam Tawarkan Data Percuma Kepada Pelajar
Discussion about this post