EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS perlu diberi peluang untuk penuh sepenuhnya

by moneycompass
Oktober 12, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
PKS
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Langkah-langkah berdaya maju untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bangkit kembali di bawah Bajet 2022 sepatutnya bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi dilanjutkan bagi tempoh yang lebih lama sehingga mereka pulih sepenuhnya.

Ini penting, memandangkan sumbangan besar PKS dalam mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya bagi mereka yang berada dalam kategori B40, kata Ketua Pegawai Eksekutif GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendran Balasingam.

Sebagai contoh, “pelepasan cukai pendapatan individu bagi mereka yang memperoleh pendapatan di bawah RM80,000 perlu dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun” dan bukan hanya untuk setahun sahaja, katanya.

Ini akan membolehkan PKS menggunakan pendapatan mereka untuk dilaburkan semula bagi mendapatkan peralatan atau sistem pejabat yang lebih cekap, menambah kemahiran dan melatih semula kakitangan dan malahan mengembangkan perniagaan mereka, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKS, katanya, paling teruk terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dengan ramai yang terkesan akibat daripada kegagalan perniagaan dan pengangguran.

Memberi sokongan penuh kepada mereka adalah amat penting memandangkan sumbangan besar PKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta menyediakan peluang pekerjaan, terutamanya bagi kumpulan B40 yang paling memerlukan sokongan.

Memetik angka daripada Jabatan Perangkaan, beliau berkata terdapat 1.15 juta PKS di negara ini , mewakili 97.2 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa suatu yang melegakan apabila banyak institusi kewangan menawarkan pelbagai pakej untuk membantu PKS memulakan semula perniagaan mereka atau membuka perniagaan baharu, tanpa meminta sebarang cagaran.

“Pertimbangkan caruman KWSP dan Socso pekerja dikurangkan sebanyak beberapa mata peratusan untuk menjimatkan apa juga pendapatan yang mula diperoleh PKS,” katanya.

Gajendran berkata insentif syarikat boleh dilaksanakan bagi kakitangan untuk menghadiri minimum tiga modul latihan setahun dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Ini akan meningkatkan kearifan perniagaan mereka, katanya, sambil menambah lebih banyak modul latihan dalam penggunaan teknologi maklumat (IT) perlu diterapkan memandangkan hampir setiap industri kini semakin menumpukan kepada IT.

“Kesedaran dan penerimagunaan Digital PKS adalah suatu yang penting dan juga meneruskan skim yang membiayai latihan, bimbingan dan juga aset digital kepada PKS untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Keperluan untuk melaksanakan pendigitalan adalah paling kritikal, apatah lagi dalam keadaan sekarang, penerimagunaan dan tindakan susulan dalam kalangan PKS masih kurang dan mereka perlu mencari jalan untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka menerusi pelbagai saluran.

“PKS membentuk tulang belakang landskap perniagaan negara, jadi insentif Bajet 2022 perlu ditumpukan kepada pemulihan, menambah kemahiran kakitangan dan mengukuhkan perniagaan mereka.

“Ini juga akan membantu membentuk kerangka baharu dan segera menjadi kerangka perniagaan yang berdaya maju,” kata Gajendran.

Menurutnya, GKK bertemu dengan lebih 700 individu, eksekutif pengurusan atasan dan juga pertengahan, yang menutup perniagaan mereka atau dihentikan kerja disebabkan oleh pandemik itu.

Dengan pemulihan ekonomi, beliau berkata kebanyakan mereka mahu memulakan semula perniagaan mereka sendiri dan tidak berharap untuk diambil bekerja.

Justeru, semua PKS perlu diwajibkan untuk mendaftar dengan persatuan atau perbadanan PKS berkaitan untuk menikmati pelbagai insentif dan manfaat yang sentiasa ditawarkan kerajaan kepada mereka.

Menerusi pendaftaran yang dilakukan, statistik jenis perniagaan yang berkembang pasca COVID-19 boleh dipantau serta sektor yang memerlukan bantuan tambahan.

“Selain itu, sudah sampai masanya bagi PKS untuk menyasar menjalankan perniagaan di luar dari Malaysia kerana pada era Internet ini tidak ada sebarang sempadan atau batasan, sasar ke ASEAN bagi peluang pasaran yang lebih besar dan ini yang menawarkan permintaan baharu,” katanya.

 

 

BACA SETERUSNYA: Pfizer sebagai dos penggalak dilulus KKM

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

YTL Foundation, YES Jalin Kerjasama Dengan Universiti Awam Tawarkan Data Percuma Kepada Pelajar

Next Post

4 dalam 10 rakyat Asia menghidapi Osteoartritis dan sakit sendi percaya sekatan COVID-19 memberi impak negatif terhadap kualiti kehidupan, dari aspek emosi dan secara praktikal

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA