SINGAPUR – Bank Pusat Singapura hari ini buat kali pertamanya mengetatkan dasar monetari dalam tempoh tiga tahun bagi mengawal inflasi selepas ekonomi negara itu terjejas akibat COVID-19.
Monetary Authority of Singapore (MAS) melaksanakan langkah itu ketika pertumbuhan ekonomi naik 6.5 peratus pada suku ketiga, jangkaan awal dibuat untuk meningkatkan pemulihan ekonomi kesan kemelesetan terburuk akibat pandemik.
Singapura hari ini menggunapakai strategi ‘hidup dengan virus’ dengan meningkatkan kadar vaksinasi yang kini kira-kira 85 peratus penduduknya divaksin dan kembali membuka ekonomi serta memudahkan perjalanan bagi mereka yang divaksin.
Pakar ekonomi CIMB Private Banking, Song Seng Wun berkata, langkah MAS adalah sebagai tindak balas kepada kebimbangan inflasi di seluruh dunia mungkin meningkat lebih lama berbanding apa yang berlaku hari ini.
BACA SETERUSNYA: Malaysia sedia menjadi hab pelaburan serantau, antarabangsa
Discussion about this post