EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Belanjawan 2022: Bantuan kewangan kepada B40,golongan rentan

by moneycompass
Oktober 18, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Belanjawan 2022
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2022 akan diperkembangkan dan meletakkan asas kepada usaha pembaharuan kerajaan yang lebih luas dan bagi jangka panjang dengan menjadikan kelestarian yang berterusan sebagai fokus utama, demikian mengikut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata belanjawan itu akan menumpukan kepada 3R iaitu mempercepat pemulihan (recovery), memperkukuh daya tahan ekonomi (resilience) dan memangkinkan pembaharuan (reform).

Berdasarkan sesi libat urus merentasi banyak sektor, beliau berkata kerajaan akan terus merancang inisiatif belanjawan kepada Matlamat Pembangunan Lestari.

“Bantuan kewangan akan diteruskan kepada mereka yang paling terjejas terutamanya kumpulan B40, penganggur dan golongan rentan.”

“Sokongan kepada perniagaan akan kekal kukuh sama ada menerusi skim pembiayaan mampu milik atau akses yang lebih baik kepada kredit atau geran, bagi menyokong operasi di samping mendorong mereka menuju automasi dan digitalisasi,” katanya pada Invest Malaysia 2021.

Tengku Zafrul berkata peningkatan fokus kepada kelestarian dan meningkatkan daya tahan aset alam sekitar dan air Malaysia akan wujud berikutan tumpuan yang semakin bertambah terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sasaran pelepasan sifar bersih dan kemajuan selanjutnya dalam ekonomi kitaran.

Kerajaan juga akan menambah baik pasaran buruh antaranya dengan menumpukan kepada insentif pengambilan selain upah subsidi, di samping meningkatkan kehematan fiskal dengan meningkatkan proses perolehan dan pengurusan hutang serta mempertingkat langkah penguatkuasaan cukai, katanya.

Berlandaskan prinsip ketelusan, baru-baru ini Kementerian Kewangan (MoF) buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia memperkenalkan kenyataan pra-belanjawan dan empat kertas konsultasi.

Sehingga kini, ia telah menerima lebih 1,000 maklum balas dan komen mengenai Belanjawan 2022.

Sementara itu, bagi melengkapkan inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH), Tengku Zafrul mengumumkan penubuhan Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam (PLCT) yang menyasarkan pelaksanaan prestasi tinggi untuk korporat Malaysia.

Beliau berkata inisiatif yang akan diterajui Bursa Malaysia Bhd itu menumpukan kepada peningkatan lima tonggak Syarikat Senaraian Awam (PLC) – untuk dipacu prestasi; berkembang sebagai organisasi lestari, bertanggungjawab secara sosial dan beretika; bercirikan memperkukuh tadbir urus korporat; kebolehan digital; dan menyokong usaha membina negara untuk memajukan ekonomi dan komuniti rakyat Malaysia.

“PLCT akan berlangsung mulai 2021 hingga 2025. Ia akan menyaksikan kemajuan PLC dalam pelbagai bidang termasuk membina kedudukan kewangan yang kukuh dan meningkatkan komposisi dalam ahli lembaga, sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyumbang kepada agenda negara,” katanya.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul menggesa semua PLC untuk menyokong program ini bagi menambah baik korporat Malaysia, pasaran modal dan ekonomi.

Katanya, secara kolektif, usaha-usaha ini – daripada PERKUKUH sehinggalah kepada Aspirasi Pelaburan Nasional, akan memastikan asas ekonomi Malaysia menjadi lebih teguh, di samping meletakkan negara di laluan kemakmuran, inklusif dan kelestarian.

 

 

BACA SETERUSNYA: FLM2021 tingkatkan kesedaran kewangan rakyat Malaysia

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

FWD Takaful lancarkan Komuniti Kita – permainan mudah alih baharu dan interaktif yang mengajar ilmu pengurusan kewangan dan takaful

Next Post

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA