EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Januari 30, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

by moneycompass
Oktober 18, 2021
in Berita Pasaran Global
wto
Share on FacebookShare on WhatsApp

GENEVA – Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) memaklumkan, negara anggotanya sekali lagi gagal mencapai persetujuan pelepasan hak harta intelek bagi vaksin COVID-19.

Ia berikutan beberapa negara ragu-ragu bahawa satu perjanjian boleh dicapai, kecuali delegasi tertentu membuat ‘kesediaan untuk bertolak ansur yang jelas’.

Afrika Selatan dan India menggesa hak harta intelek digantung sementara untuk vaksin coronavirus ketika pandemik, bagi meningkatkan pengeluaran dan mengatasi isu jurang ketidaksamaan akses vaksin antara negara kaya dan miskin.

Namun, idea itu mendapat tentangan sengit syarikat farmaseutikal gergasi serta negara lokasinya, yang menegaskan paten bukan halangan utama meningkatkan pengeluaran vaksin dan memberi amaran langkah itu berisiko menyekat inovasi.

Tekanan kini memuncak untuk satu persetujuan dicapai sebelum bermulanya sidang kementerian ke-12 WTO pada 30 November hingga 3 Disember depan di Geneva, iaitu hanya beberapa minggu dari sekarang.

Majlis persetujuan bagi Aspek Berkaitan Perdagangan untuk Hak Harta Intelek (TRIPS) WTO bersidang pada Rabu dan Khamis lalu dalam usaha membincangkan isu berkenaan.

WTO berfungsi dengan konsensus, iaitu semua 164 negara anggota perlu bersetuju dengan apa saja perjanjian.

Dalam satu kenyataan, WTO memaklumkan majlis itu belum mencapai persetujuan dan beberapa negara ‘mengetengahkan risiko tidak mencapai persetujuan kecuali beberapa delegasi menjanjikan tolak ansur yang jelas’.

“Hasil yang positif dan bermakna bukan hanya menghantar mesej kukuh berhubung solidariti global, malah membuktikan WTO mampu bertindak balas pada krisis global,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi majlis TRIPS, yang juga duta Norway ke WTO, Dagfinn Sorli, mengakui badan itu ‘belum berada dalam kedudukan untuk bersetuju pada hasil yang konkrit dan positif’.

Katanya, TRIPS akan terus berunding dengan negara anggota untuk mencapai konsensus sebelum sidang kementerian WTO di Geneva dan rundingan lanjut dijadualkan pada 26 Oktober depan.

Sejumlah negara menyokong usul Afrika Selatan dan India untuk menggantung paten coronavirus, selain turut disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa badan lain.

Purata kadar vaksinasi COVID-19 di negara miskin adalah 30 kali lebih tinggi berbanding negara kaya, yang kebanyakannya kini mempertimbang pemberian dos ketiga ketika berbilion lagi individu belum menerima suntikan pertama vaksin.

-AFP

 

 

BACA SETERUSNYA: Belanjawan 2022: Bantuan kewangan kepada B40,golongan rentan

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Belanjawan 2022: Bantuan kewangan kepada B40,golongan rentan

Next Post

Alibaba Group Lancar Festival Beli-belah Global 11.11 2021

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021
Asia Pasifik
Berita Pasaran Global

Asia Pasifik mula pulih dari varian Delta

05 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA