EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 20, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Alibaba Group Lancar Festival Beli-belah Global 11.11 2021

by moneycompass
Oktober 21, 2021
in Berita Korporat
Alibaba
Share on FacebookShare on WhatsApp

SHANGHAI – Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA; HKEX:  9988) dengan rasminya melancarkan Festival Beli-belah Global 11.11 (“11.11” atau  “Festival”) tahunan kali ke-13 dengan penekanan kepada kemampanan dan keinklusifan.  

“Sepanjang 12 tahun yang lalu, 11.11 telah mempamerkan kuasa penggunaan yang sangat  hebat oleh para pengguna China dan memperluas sempadan bagi sektor runcit global,” jelas Chris Tung, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Alibaba. “Festival pada tahun ini  menandakan sebuah episod baharu bagi 11.11. Kami percaya bahawa kami perlu  memanfaatkan kuasa 11.11 untuk menggalakkan pembangunan mampan dan  mempromosikan keinklusifan kepada para pengguna, peniaga dan rakan kongsi merentas  seluruh ekosistem kami.”  

Tahun ini menampilkan Festival yang terbesar sehingga kini, dengan rekod tertinggi  penyertaan oleh sebanyak 290,000 jenama. Tmall menawarkan lebih 14 juta urus niaga  kepada lebih 900 juta pengguna di China. Festival ini sekali lagi akan mempunyai dua jendela,  dengan yang pertama antara 1 hingga 3 November, dan yang kedua pada 11 November, iaitu  pada hari berlangsungnya acara utama.  

Penstriman langsung akan menjadi mekanisme interaksi pengguna bagi jenama dan peniaga  untuk membina kesedaran dan memacu jualan. Mulai 20 Oktober sepanjang Festival,Tabao  Live akan menampilkan 700 KOL (pemimpin pendapat utama), selebriti dan wakil jenama  terkemuka dalam sesi penstriman langsung. Selain itu, Taobao akan memperkenalkan ciri  baharu bagi pengguna berkongsi item “shopping cart” (troli beli-belah) mereka dengan rakan  dan keluarga, sekali gus mencipta pengalaman beli-belah yang lebih sosial.  

Gaya Hidup “Hijau”, Penggunaan Mesra Alam Sekitar Keutamaan Tertinggi 11.11 Kali  Ini 

Tmall bertindak untuk mempromosikan gaya hidup “hijau” pada 11.11 kali ini dengan  menampilkan sebuah vertikal khusus untuk mempamerkan produk cekap tenaga dan  berimpak rendah, selain mengeluarkan baucar “hijau” bernilai RMB100 juta untuk  memberikan insentif kepada keputusan beli-belah yang memberikan sumbangan kepada  gaya hidup mesra alam sekitar. 

Sayap logistik Alibaba Cainiao Network akan memperkenalkan pakej kitar semula merentas  10,000 Stesen Pos Cainiao di 20 bandar untuk mengurangkan jejak karbon Festival mulai 1  November, iaitu hari pertama bagi tempoh jualan 11.11.  

Menerusi peningkatan penggunaan teknologi hijau, Alibaba menjangkakan untuk terus  mengurangkan pelepasan karbon bagi setiap pesanan (order) semasa acara 11.11 tahun ini.  

Melakukan Kebaikan Ketika Membeli-belah  

Menyokong kumpulan penduduk yang mudah terjejas juga merupakan tema utama tahun ini.  Menjelang acara 11.11 pada tahun ini, app Taobao memperkenalkan satu pilihan untuk  “Senior mode”, iaitu suatu ciri baharu yang direka khusus untuk menjadikan antara muka  pengguna lebih mudah diakses oleh warga berusia. Ciri “Senior mode” ini menawarkan  teknologi berbantukan suara, navigasi yang dipermudah, saiz fon dan ikon yang lebih besar.  Laman utama app juga menawarkan permainan bagi pengguna berusia untuk meraih diskaun  istimewa untuk barangan runcit, sekali gus menjadikan pengalaman yang diperoleh lebih  bermakna kepada generasi ‘silver’ (berusia) ini.  

Para pengguna digalakkan untuk berkongsi pembelian “Goods for Good” mereka dengan  rakan-rakan dan keluarga, dan Alibaba akan memberikan sumbangan sebanyak RMB1 bagi  setiap perkongsian media sosial yang berjaya.  

Dilancarkan pada tahun 2006, program “Goods for Good” oleh Alibaba membolehkan para  peniaga mendermakan sebahagian daripada jualan mereka kepada pertubuhan-pertubuhan  amal pilihan mereka, manakala pengguna pula boleh menyokong usaha pertubuhan amal  kegemaran mereka menerusi pembelian masing-masing. Sumbangan dartipada Festival  tahun ini akan memberikan sokongan kepada tiga kumpulan benefisiari utama: warga tua  yang tinggal bersendirian, ‘kanak-kanak keciciran” di Kawasan pedalaman dan para pekerja  berpendapatan rendah.  

 

 

BACA SETERUSNYA: FWD Takaful lancarkan Komuniti Kita – permainan mudah alih baharu dan interaktif yang mengajar ilmu pengurusan kewangan dan takaful

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

Next Post

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA