EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS, MTC terima lebih RM86.4 juta – Tengku Zafrul

by moneycompass
Oktober 22, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
pks
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM86.4 juta telah disalurkan kepada 13,886 perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC) dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 8 Okt.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan RM700 juta bagi membantu dan menggalakkan PKS dan MTC ke arah pendigitalan operasi dan saluran perdagangan.

Beliau berkata selain itu, RM221.32 juta telah disalurkan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank bagi memberi manfaat kepada 17,734 PKS Mikro Pertanian setakat 8 Okt, 2021.

“Pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, peladang dan nelayan. Di bawah skim ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Mikrokredit Agrobank,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-73 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Beliau berkata jaminan makanan amat dititikberatkan dalam PENJANA dan juga Belanjawan 2021.

Zafrul berkata, bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula, seramai 137,659 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini setakat 1 Okt, 2021.

Beliau berkata antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.

Layari www.perkeso.gov.my/186- penjana/803-program-insentifpengambilan-pekerja-dan-bantuanlatihan.html. untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu, di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA pula, beliau berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi PKS dan PKS Mikro yang masih terkesan dengan penularan Covid-19.

“Setakat 8 Okt, terdapat 701 permohonan bagi pembiayaan ini dan daripada jumlah ini sebanyak 340 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM67.5 juta,” katanya.

-FREE MALAYSIA TODAY

 

 

BACA SETERUSNYA: URUS: Panduan Ringkas

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

URUS: Pengecualian faedah bayaran balik pinjaman

Next Post

Penilaian vaksin Sputnik V kini di fasa akhir

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA