MOSCOW – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa penilaian awal vaksin Covid-19 Sputnik V yang dikeluarkan oleh Rusia kini sudah berada di fasa akhir.
Sebuah pasukan yang merangkumi pegawai-pegawai pemeriksa akan berangkat ke Rusia dalam masa terdekat bagi memulakan proses pengumpulan hasil pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang diperlukan, lapor Sputnik memetik Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) pada Rabu.
“@WHO mengesahkan proses pra-kelayakan Sputnik V berada di landasan yang tepat dan kini sudah memasuki fasa akhir.”
“Sekumpulan pegawai pemeriksa WHO akan ke Rusia dalam masa terdekat untuk mengumpulkan semua hasil pemeriksaan dan dokumen yang diperlukan mengenai #SputnikV, satu daripada vaksin paling selamat & berkesan di dunia,” memetik akaun Twitter pengeluar vaksin tersebut.
Vaksin Sputnik V telah diluluskan di lebih 70 negara yang mempunyai jumlah kumulatif penduduk sebanyak empat bilion orang. Angka tersebut melebihi 50% daripada populasi dunia yang kini berada di 7.9 bilion.
Vaksin tersebut adalah vaksin yang kedua di dunia yang paling banyak mendapat kelulusan daripada pihak pengawal selia kerajaan.
BACA SETERUSNYA: WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19
Discussion about this post