EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Jun 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Komitmen kerajaan meransang perkembangan eksport

by moneycompass
Oktober 26, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
eksport
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Komitmen kerajaan terletak pada persediaan persekitaran yang meransang perkembangan sektor eksport negara dalam menghadapi cabaran luaran, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, dalam dunia global sekarang ini, perdagangan telah menjadi salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya juga, negara yang mempunyai ekosistem mesra perniagaan paling mendapat manfaat daripada aktiviti perdagangan antarabangsa.

“Walaupun berdepan impak COVID-19, perdagangan Malaysia bagi lapan bulan tahun ini berkembang sebanyak 22.9 peratus kepada RM1.407 trilion berbanding tempoh sama 2020.”

“Eksport meningkat sebanyak 24.9 peratus kepada RM778.49 bilion dan import meningkat 20.4 peratus kepada RM628.29 bilion. Lebihan dagangan meningkat sebanyak 48.2 peratus kepada RM150.20 bilion,” katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (2021-2025) yang dijalankan secara atas talian.

Pelancaran rangka tindakan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohamed Azmin berkata, negara akan terus berdepan cabaran terhadap daya saing eksport yang dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global yang merentasi pelbagai hala.

Justeru, beliau berkata, terdapat keperluan mendesak untuk bertindak balas secara segera terhadap ketidaktentuan itu.

“Sementara promosi di peringkat nasional memainkan peranan yang berguna, negara juga memerlukan sokongan ekosistem perniagaan yang kukuh untuk terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeksport terkemuka.”

“Bagi tujuan ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), memulakan pembangunan Rangka Tindakan Pembangunan Perdagangan Nasional sebagai dokumen strategik untuk terus mengembangkan ekosistem perniagaan Malaysia dan meningkatkan daya saing eksport dalam pasaran global,” katanya.

Rangka Tindakan Perdagangan Nasional menggariskan strategi dan inisiatif pembangunan lima tahun (2021-2025) untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia, khususnya dalam eksport barang dagangan.

Ia bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang dinamik dan terkemuka melalui pembangunan eksport yang mapan.

 

 

BACA SETERUSNYA: Pandemik hanya akan berakhir dengan kerjasama semua negara

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Alliance Bank derma lebih daripada 1,300 kotak makanan

Next Post

FWD Takaful sokong Program Baucar Perlindungan Tenang dengan pemberian subsidi tahun pertama

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA