EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Mei 21, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Bajet 2022 akan perkasa sistem kesihatan, R&D gelombang pandemik baharu

by moneycompass
Oktober 28, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
R&D
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini akan meneruskan usaha memperkasa sistem kesihatan termasuk memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya negara bersedia sekiranya terdapat gelombang baharu pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, Bajet 2022 juga akan memberi tumpuan utama untuk melindungi, memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan selain membina semula daya ketahanan negara dan memangkinkan pembaharuan pascapandemik yang lebih mampan.

Beliau berkata R&D termasuk dalam penghasilan vaksin COVID-19 yang bukan sahaja untuk kegunaan rakyat, malah berpotensi dieksport ke negara yang memerlukan.

“Sekarang kita harapkan vaksin dari negara lain, ada satu ketika vaksin (yang ditempah) lewat sampai sehingga memberi kesan kepada kita (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan).

“Sebab itu, R&D perlu diperkasa untuk menghasilkan bukan sahaja vaksin COVID-19 tetapi banyak lagi vaksin lain selain ubat-ubatan baharu,” katanya dalam Wawancara Bajet 2022 bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut perdana menteri walaupun sudah lebih 70 peratus keseluruhan populasi negara lengkap divaksin, namun ia bukan alasan untuk terlalu selesa dengan keadaan tersebut sebaliknya masih perlu berhati-hati dan meneruskan disiplin mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), antara keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang adalah mengenai penyusunan semula sistem kesihatan negara.

Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia, katanya, akan diperkenalkan sebagai hala tuju baharu untuk mentransformasi sistem penjagaan kesihatan negara.

Menjelas lanjut mengenai Bajet 2022 kepada sektor kesihatan, perdana menteri berkata beliau telah meminta Kementerian Kewangan supaya memberi penekanan bukan sahaja terhadap pembinaan hospital baharu, tetapi juga Klinik Desa.

Katanya pembinaan Klinik Desa terutama di Sabah dan Sarawak amat penting disebabkan kedudukan hospital yang jauh serta laluan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan di premis kesihatan tersebut.

–BERNAMA

 

 

BACA SETERUSNYA: Industri kewangan Islam dijangka berkembang pasca COVID-19

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Jumlah kumulatif COVID-19 dunia lebih 244 juta

Next Post

Together, making better decisions with Her, kempen tingkatkan kesedaran kanser

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

13 Mei 2022
Berita Pasaran Tempatan

MoneyMatch Mengumumkan Kemenangan Perbankan Digital dan Pelan Pengumpulan Dana

09 Mei 2022
Global Oil & Gas Automation Market to See Positive Growth with Digitalization and New Disruptive Technologies
Berita Pasaran Tempatan

Industri OGSE bersedia untuk berkembang dengan 15 inisiatif baharu tahun ini

26 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA