PETALING JAYA, 18 November 2021 – Roche Malaysia telah mengumumkan Deepti Saraf sebagai Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn Bhd, divisyen farmaseutikalnya, yang baharu. Deepti akan bertanggungjawab untuk memimpin, selain menyandang tanggungjawab pengurusan am dan akan melaporkan diri kepada Ahmed Elhusseiny, Ketua Bahagian Roche di Asia Pasifik.
Pelantikan Deepti tepat pada masanya, seiring dengan sambutan 125 tahun legasi Roche pada tahun ini – meraikan sejarah, budaya dan tujuan teguh yang akan menjadi panduan syarikat ini ke arah masa depan yang lebih mampan dan sihat untuk 125 tahun akan datang.
Deepti membawa bersamanya pengalaman selama 17 tahun dalam industri farmaseutikal dari India dan Thailand.
“Saya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk terlibat dengan ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan teruja untuk berkhidmat kepada pasukan Malaysia saya menerusi lantikan baru ini,” ujar Deepti.
Deepti mempamerkan daya kepimpinan yang tinggi, khasnya menerusi usaha transformasi dan inisiatif-inisiatif yang membentuk ekosistem penjagaan kesihatan. Beliau mempunyai semangat kerjasama yang baik dan menyokong elemen-elemen Kepelbagaian & Inklusif – bersifat terbuka untuk bekerja merentasi pelbagai golongan masyarakat dan mendapatkan perspektif-perspektif berbeza.
Pemikirannya yang strategik, gaya kepimpinan yang tersendiri serta daya kesedaran diri yang tinggi dan ketangkasan dalam pembelajaran, menjadikan Deepti pemimpin yang sempurna untuk mengetuai ahli gabungan kami di pasaran yang inovatif dan progresif seperti Malaysia.
Sejak menyertai Roche pada tahun 2013, beliau telah menyediakan khidmat merentasi pelbagai bidang penyakit termasuk Onkologi, Perubatan Asas (FMI), Penyakit Berjangkit, Reumatologi dan Nefrologi.
Sebelum ini, beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan di India dan Thailand, selain berjaya menerajui usaha transformasi syarikat gabungan Roche di Thailand dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Transformasi pada tahun 2019. Deepti telah memainkan peranan penting dalam menguruskan pihak berkepentingan luar dan rakan niaga Roche yang berkaitan inisiatif-inisiatif pembentukan ekosistem kesihatan di Thailand dan Filipina.
Matlamat kepimpinan peribadi Deepti adalah untuk membantu individu mencapai potensi sebenar diri mereka. Beliau juga amat komited dalam membentuk sebuah budaya yang memperkasakan keupayaan untuk membuat keputusan, pada masa sama menggalakkan inovasi dan penguji kajian yang akan memberi manfaat kepada pesakit.
“Kami amat gembira bahawa Deepti akan menyertai pasukan kami di Malaysia kerana kami yakin beliau mempunyai tenaga dan semangat untuk mengetuai syarikat ini ke fasa baharu. Kami teruja untuk melihat beliau memperkukuhkan lagi asas perniagaan kami di Malaysia,” kata Ahmed Elhusseiny, Ketua Bahagian Roche di Asia Pasifik.
“Saya amat gembira untuk menyertai pasukan Roche Malaysia, khasnya pada waktu yang amat sempurna dengan Roche meraikan ulang tahunnya ke-125 tahun. Sempena ulang tahun ini, kami mahu terus menginspirasikan dunia mengenai komitmen syarikat ini terhadap penjagaan kesihatan masyarakat untuk 125 tahun yang seterusnya.
“Bertemakan ‘Meraikan Kehidupan’, kempen ulang tahun ke-125 kami bermatlamat untuk membina kepercayaan dengan pihak dalaman dan luaran, pada masa sama mempamerkan bagaimana kami memberikan sumbangan kepada industri penjagaan kesihatan.
“Saya amat berbangga untuk memaklumkan bahawa salah satu inisiatif di bawah kempen ini adalah sesi-sesi bicara kehidupan yang meliputi topik-topik semasa dan masa depan berkenaan dengan penjagaan kesihatan, sains dan kemampanan yang memberi kesan terhadap kehidupan di seluruh dunia.
“Di Roche, tujuan dan objektif kami adalah jelas – untuk memberi fokus terhadap penyampaian hasil yang lebih baik kepada lebih ramai pesakit menerusi inovasi kami dalam bidang diagnosis, perubatan dan solusi penjagaan kesihatan. Ini adalah legasi kami selama 125 tahun. Ia juga janji kami untuk masa depan,” ujar Deepti.
BACA SETERUSNYA: Perkara Yang Menyebabkan Perniagaan Atas Talian Gagal
Discussion about this post