Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) matlamatkan seramai 15,200 peniaga luar bandar di seluruh negara akan menyertai model perniagaan digital atau e-dompet menjelang 2022.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi mencapai matlamatnya, KPDNHEP akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memperluaskan lagi program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) di setiap negeri. Nanta menyatakan berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang telah meningkat hingga 30 peratus iaitu sejumlah RM254.6 bilion pada suku pertama 2021.
Beliau juga berkata penggunaan e-dompet atau ‘e-wallet’ juga menunjukkan peningkatan sebanyak RM600 juta pada 2020, jika dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat sebanyak RM300 juta berdasarkan rekod Bank Negara.
Discussion about this post