CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih RM100.6 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2021, berbanding keuntungan bersih RM194.44 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad mengatakan bahawa pendapatan bukan faedah yang rendah adalah disebabkan persekitaran perdagangan yang lemah dan aktiviti ekonomi yang terhad.
Hasil turun daripada RM4.41 bilion sebelum ini kepada RM4.39 bilion.
Namun begitu, beliau juga mengulas lanjut berkenaan dengan perniagaan digital CIMB, ianya terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dengan pengguna berdaftar Touch ‘n Go Digital, iaitu meningkat kepada 16.4 juta, pertambahan 300,000 pengguna pada suku ketiga tahun kewangan 2021 sahaja.
Discussion about this post