KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa bank pusat dan semua bank, termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, akan beroperasi seperti biasa esok, bagi memudahkan para pelanggan untuk melaksanakan urusan kewangan mereka di bank.
Ini kerana berikutan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai cuti umum pada Jumaat untuk meraikan kemenangan KL City FC kali pertama dalam Piala Malaysia dalam tempoh 32 tahun.
Discussion about this post