EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Mei 20, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

BOH terima pengiktirafan Jenama Terbaik 2021-2022 di World Branding Awards

by moneycompass
Januari 12, 2022
in Berita Korporat
jenama
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – BOH Plantations Sdn Bhd (BOH), penanam teh terkemuka dan jenama teh pilihan di Malaysia, telah dinamakan sebagai Jenama Terbaik 2021-2022 bagi kategori Teh di World Branding Awards, anugerah berprestij yang berpangkalan di London. 

Dikenali sebagai satu penganugerahan global yang unggul, World Branding Awards memberi pengiktirafan kepada jenama-jenama terbaik dunia atas usaha dan pencapaian mereka. Pemenang anugerah dinilai berdasarkan penilaian jenama, pengundian pengguna dalam talian dan penyelidikan pasaran. 

Bagi BOH, kemenangan ini adalah sumbangan peminat-peminat teh BOH “yang  menginspirasikan jenama itu untuk terus berkongsi pengalaman Ummph dengan secawan teh BOH yang lazat. Ada BOH, Ada Ummph adalah satu frasa yang sinonim dengan teh BOH dan menggambarkan koleksi tehnya yang tersendiri dengan rasa yang menyerlah dan penuh aroma,” kata Aina Ramly, Timbalan Ketua Pemasaran, BOH Plantations. 

Legasi Teh Malaysia 

Legasi BOH bermula pada tahun 1929 apabila J.A. Russell, seorang usahawan berpandangan jauh, menyedari adanya permintaan terhadap teh berkualiti tinggi. Beliau terus mendapatkan sebidang tanah yang terletak 1,500 meter dari aras laut di Cameron Highlands, yang juga merupakan antara kawasan pertanian yang paling subur di negara ini. Di situ, beliau telah mewujudkan taman teh BOH yang pertama, dan sejak itu, segalanya menjadi satu sejarah.

Kini, setelah lebih 90 tahun berlalu, keluarga Russell meneruskan visi beliau.

Merupakan antara beberapa syarikat di dunia yang menanam, memproses, membungkus dan memasarkan sendiri jenama teh tanah tinggi tulen, BOH menyediakan teh segar ‘daripada pokok teh ke cawan’ dan telah menerima pelbagai pengiktirafan industri untuk standard tertinggi dalam kualiti produknya.

BOH memiliki 1,200 hektar kebun teh dan menghasilkan lebih 4.5 juta kilogram teh setiap tahun atau 5.5 juta cawan teh setiap hari. Dengan peredaran masa, BOH telah mempelbagaikan pilihan teh, daripada satu kebun teh tunggal kepada gabungan istimewa, untuk memenuhi pilihan dan cita rasa berbeza rakyat Malaysia dan peminat-peminat teh di seluruh dunia.

Pilihan terbaik BOH termasuk Cameronian Gold Blend, Garden Teas, Malay Herbs, Seri Songket dan Spa Infusions. Kebanyakan koleksi ini juga telah dipek khas, sesuai sebagai hadiah unik. Selain daripada teh hitam BOH yang terkenal, ia juga menyediakan teh berperisa, teh hijau, teh herba dan buah-buahan, campuran teh segera, campuran teh ais dan teh daripada sumber kebun tunggal. 

Antara pilihan lazat teh BOH

Satu Pengamalan Deria 

Di Sungei Palas, Cameron Highlands, BOH menawarkan pengalaman deria ‘penemuan teh’ yang benar-benar unik menerusi Pusat Teh BOH.  Sebuah destinasi terkemuka yang menerima pelbagai pengiktirafan, Pusat Teh ini sering menjadi pilihan pengembara tempatan dan antarabangsa.

Di sini, para pengunjung boleh menikmati pengalaman menenangkan ketika duduk di teres-teres dengan panorama ladang teh yang terbentang luas sambil menghirup secawan segar teh BOH dalam suasana dingin. Selain itu, pengunjung juga boleh melawati Kedai BOH untuk membeli pulang teh BOH kegemaran mereka.

Dikenali sebagai Home of BOH, Pusat Teh BOH telah diubah suai dua tahun lalu dengan tambahan sayap baharu yang dikenali sebagai Tristan’s Terrace sebagai menghargai jasa bekas Pengerusi BOH yang paling lama berkhidmat. Menerusi penambahan ini, Pusat Teh ini mampu menerima lebih ramai pengunjung serta menyediakan lebih banyak kemudahan yang berhadapan dengan keindahan panorama ladang-ladang teh BOH.

Pada masa sama, tarikan ini juga dapat menyokong initiatif pelancongan Cameron Highlands.

jenama
Pusat Teh BOH yang memenangi anugerah merupakan antara destinasi tumpuan pelancong tempatan dan asing di Cameron Highlands

Mengembalikan Jasa Khazanah Alam 

“Sebagai pengeluar teh, BOH sedar bahawa kehidupan dan kelangsungan perniagaan kami bergantung pada tanah subur dan cuaca dingin Cameron Highlands yang amat sesuai untuk penanaman teh. Oleh demikian, kemampanan teguh menjadi nilai teras perniagaan kami.

“BOH sentiasa berusaha melaksanakan amalan perniagaan yang bersifat mesra alam dan memastikan pembungkusan teh kami menggunakan lebih banyak bahan yang boleh dikitar semula dan dibiodegrasikan untuk mengurangkan sisa dan memelihara alam sekitar. BOH proaktif mengubah pembungkusan kami kepada penggunaan kotak boleh dikoyak bagi menyingkir penggunaan pembalut plastik. Uncang teh kami juga dibuat daripada bahan boleh dikitar semula,” tambah Aina.

Program-program Tanggungjawab Korporat BOH juga melibatkan sokongan terhadap pemeliharaan alam sekitar dan haiwan. Ia telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi dan badan bukan kerajaan seperti Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC), Global Environment Centre (GEC), WWF-Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) untuk menyokong inisiatif kelestarian dan menggalakkan masyarakat umum untuk meningkatkan usaha pemeliharaan alam dalam komuniti. 

Bagi menyokong usaha kesenian, BOH telah menjadi penaja utama BOH Cameronian Arts Awards sejak diwujudkan pada tahun 2002.

jenama

jenama
BOH – Dalam menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar

 

BACA SELANJUTNYA: Ketahui 5 Tip Ini Sebelum Anda Mula Melabur!

Tags: BOH
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Biokerjaya @ My Future Agro mempertingkatkan landskap kerjaya

Next Post

Nippon Paint Malaysia, syarikat pertama yang menawarkan Penyelesaian Lengkap Cat dan Pembinaan di rantau ini

Related Posts

Berita Korporat

Tulus Menyediakan Platform Pembayaran Zakat bagi 11 Negeri Bagi Ramadan Tahun 2022

04 Apr 2022
Nippon Paint
Berita Korporat

Nippon Paint Malaysia, syarikat pertama yang menawarkan Penyelesaian Lengkap Cat dan Pembinaan di rantau ini

24 Feb 2022
Biokerjaya
Berita Korporat

Biokerjaya @ My Future Agro mempertingkatkan landskap kerjaya

30 Dis 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA