EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Oktober 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Eksport elektrik & elektronik akan terus berkembang maju pada 2022

by moneycompass
Mac 30, 2022
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Eksport elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia dijangka terus menunjukkan prestasi yang baik bagi tahun 2022 walaupun ketika pandemik dan kekurangan cip global, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

 

Menurut Pengarah Bahagian E&E, ICT, mesin dan peralatan MATRADE, Nairn Abdul Rahman, Malaysia kini merupakan pengeksport keenam terbesar bagi semikonduktor dan litar bersepadu (IC) di seluruh dunia. “Malaysia menyumbang 6.3% daripada jumlah eksport dunia. Kami percaya ini akan terus menyokong industri E&E kerana ia mewakili 61.7% daripada produk eksport.

“Eksport semikonduktor dan IC meningkat 90% tahun ke tahun (y-o-y) sepanjang 2020,” katanya dalam webinar ‘Meningkatkan daya saing PKS Malaysia’ di Peringkat Global’.

 

Selain itu, Nairn juga berkata prestasi perdagangan E&E negara terus menunjukkan pertumbuhan pada bulan Januari dan Februari 2022. Eksport meningkat sebanyak 19.6% tahun ke tahun kepada AS$20.18 bilion berbanding masa yang sama tahun lepas.

“Dari segi produk dan pasaran eksport utama, trend yang sama diperhatikan, di mana kesemua lima produk eksport teratas mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa, manakala semikonduktor kekal sebagai produk eksport E&E terbesar,” tambah beliau.

 

Singapura adalah pasaran eksport terbesar Malaysia.

Bagi produk E&E, Nairn mendedahkan bahawa semikonduktor dan IC adalah yang tertinggi di kalangan mereka. Ini diikuti oleh peralatan dan alat ganti telekomunikasi, mesin pemprosesan data automatik (ADP), alat ganti dan aksesori untuk mesin pejabat dan ADP, serta mesin dan radas elektrik. “Singapura adalah pasaran terbesar kami, diikuti oleh Amerika Syarikat, China, Hong Kong dan Vietnam,” tambahnya.

Beliau juga berkata Malaysia telah membangunkan keupayaan E&E dalam bidang seperti pemasangan dan ujian semikonduktor sumber luar (OSAT), peralatan ujian automatik (ATE), reka bentuk IC, dan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dengan pengalaman terkumpul bertahun-tahun berkhidmat kepada syarikat multinasional di Malaysia dan luar negara.

 

“Pengilang Malaysia akan terus berkhidmat sebagai hab pembuatan bagi sektor E&E di rantau ini bagi memenuhi permintaan pelanggan global. “Syarikat E&E kami sentiasa boleh dianggap sebagai penyedia penyelesaian yang boleh dipercayai dan yang boleh menyampaikan produk dan perkhidmatan tepat pada masanya dengan prestasi cemerlang serta standard antarabangsa berkualiti tinggi,” tambahnya.

 

Tambahan pula, beliau berkata MATRADE sentiasa bersedia untuk menghubungkan syarikat E&E tempatan termasuk PKS kepada pelanggan global sekiranya syarikat ini ingin menyumber luar produk dan perkhidmatan mereka.

 

Sertai kumpulan Telegram kami untuk mendapatkan berita-berita kewangan yang terkini!

Tags: Eksport elektrik dan elektronikelektrik dan elektronikMATRADE
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

MYOR-i dilancarkan oleh BNM, kadar penanda aras Islam pertama di dunia

Next Post

PKS dengan pinjaman di bawah bantuan bayaran balik masih tinggi – BNM

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA