EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Mediven® dan Tune Protect bekerjasama menawarkan Saringan Diagnostik dan perlindungan insurans COVID-19 menerusi MyDocLab

by moneycompass
April 14, 2022
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. (Mediven®), Tune Protect dan MyDocLabTM hari ini secara rasmi melancarkan usaha sama penjagaan komuniti yang menawarkan perlindungan insurans COVID-19 dan perkhidmatan saringan diagnostik menerusi aplikasi mudah alih MyDocLabTM.

Kerjasama tiga pihak yang menggabungkan inovasi, perlindungan insurans dan saringan kesihatan ini dianggap suatu yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran. Pengguna kit ujian Mediven® kini boleh menikmati bonus berupa liputan perlindungan insurans tanpa sebarang kos tambahan.

Pengarah Eksekutif Mediven®, En Arriff Ismail menjelaskan, “Inisiatif ini dilihat amat bertepatan masa kerana negara kini berada di peringkat peralihan ke fasa endemik dan masyarakat sedang menyesuaikan kehidupan mereka dengan kehadiran virus COVID-19 di sekeliling. Kerjasama Penjagaan Komuniti kami ini direka untuk memberikan ketenangan minda kepada pelanggan, di samping menyediakan perlindungan berganda dengan hanya menggunakan telefon pintar. Pengguna kit ujian kendiri Mediven® ProDetect® akan menerima elaun sekiranya didapati positif jangkitan COVID-19 Kategori 3 dan ke atas. Pengguna juga akan menerima manfaat perlindungan insurans kematian tidak disengajakan dan keilatan kekal seluruh badan. Liputan tersebut sah selama 14 hari selepas penghantaran keputusan ujian pengguna menerusi MyDocLabTM.”

Mediven®, sebuah firma diagnostik perubatan berpangkalan di Pulau Pinang yang membangunkan, mengilang dan memasarkan ujian diagnostik molekul klinikal dan kit ujian pantas berkualiti tinggi, adalah pengeluar kit ujian kendiri  ProDetect®, yang telah menerima pengiktirafan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Menjelaskan penglibatan Tune Protect, Ketua Pegawai Eksekutifnya, En Rohit Nambiar berkata, “Perkongsian Tune Protect dalam kerjasama ini adalah sejajar dengan aspirasi perniagaan syarikat. Kami berhasrat untuk mempermudahkan insurans dan meningkatkan aksesnya kepada semua. Menerusi kuasa teknologi dan usaha sama ini, kami mara selangkah lagi untuk menyediakan perlindungan pada setiap masa, di sebarang lokasi dengan hanya di hujung jari. Kami amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi rakan insurans rasmi untuk menawarkan perlindungan insurans nilai tambah kepada pengguna kit ujian COVID-19 Mediven®. Penyelesaian yang disediakan pasti akan memberikan ketenangan kepada individu yang didapati positif COVID-19.”

 

Pengarah Operasi Mediven®, Dr Lim Li Sze menambah, “Perlindungan adalah kunci pada minda semua pihak dalam mendepani cabaran kesihatan yang berpanjangan ini. Kerjasama penjagaan komuniti ini membenarkan kami menyediakan perlindungan berganda menerusi saringan diagnostik dan perlindungan insurans bagi melindungi diri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat di sekeliling.”

Pengguna MyDocLabTM juga boleh memanfaatkan platform digital pelbagai fungsi yang disediakan aplikasi tersebut untuk menjalankan saringan pemantauan secara maya bagi kit-kit ujian yang diiktiraf MDA. Ini boleh dicapai menerusi kerjasama antara klinik-klinik dan makmal-makmal swasta terpilih.

Pengembara yang tiba di Malaysia dan perlu menjalani ujian RTK secara professional dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan juga boleh memilih untuk melaksanakan ujian kendiri mereka dalam keselesaan kediaman atau pusat kuarantin dengan menggunakan aplikasi berkenaan. Mereka dijamin menerima keputusan ujian pada hari sama dan di mana sahaja mereka berada.

Sebagai tambahan, aplikasi tersebut juga membenarkan tempahan PCR pada masa nyata, ujian antibodi antigen pantas dan selepas vaksinasi di klinik-klinik dan makmal yang mengambil bahagian. Pengembara juga boleh mendapatkan insurans perjalanan yang dilengkapi perlindungan COVID-19 seperti yang dikehendaki kerajaan Malaysia.

Sebagai tambahan, pengurus-pengurus bahagian sumber manusia syarikat juga boleh mendapati bahawa fungsi-fungsi yang terdapat pada MyDocLabforWork dapat membantu mereka menguruskan dan mengesan status kesihatan kakitangan dengan mudah.

Dr Lim berkata, mereka sedang bekerja rapat dengan rakan-rakan farmasi untuk mendidik pengguna akan perlindungan berganda insurans dan saringan diagnostik yang disediakan bagi membantu mereka menghadapi persekitaran semasa yang mencabar.

Kit ujian COVID-19 ProDetect® Mediven® (dalam format ujian air liur atau rongga hidung) boleh didapati di kebanyakan rantaian farmasi dan peruncitan utama seperti Alpro, AMPM, Be Pharmacy, CARiNG, Georgetown, Watsons, Wellings dan 7-Eleven.

Tags: COVID-19Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. (Mediven®)MyDocLabTMTune Protect
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pelabur mata wang kripto semakin meningkat di seluruh dunia

Next Post

Potongan cukai perniagaan disediakan untuk PKS untuk mengurangkan masalah kewangan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA