EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, September 26, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

CTOS berjaya mencapai 2 juta pelanggan dengan peningkatan kesedaran mengenai kesihatan kewangan

by moneycompass
Mei 31, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – CTOS Data Systems Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh CTOS Digital Berhad, telah mencatat pencapaian dua juta pelanggan CTOS semakan kendiri. Belum pun sampai dua tahun sejak mencapai angka satu juta, bilangan pengguna yang melanggan telah meningkat dua kali ganda, membuktikan bahawa pengguna semakin serius mengenai kesihatan kewangan mereka.

Selama bertahun-tahun, CTOS telah melaksanakan pelbagai program pendidikan celik kewangan berkaitan pengguna yang merentasi semua segmen masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kesihatan kredit untuk masa depan kewangan yang lebih baik. Ini telah membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam di kalangan pengguna Malaysia mengenai kepentingan melaksanakan semakan kendiri untuk menguasai kesihatan kredit mereka bagi memastikan perancangan kewangan yang baik.

Pelanggan ke dua juta yang bertuah ialah Encik Chan Hoi Leong, 32, dari Petaling Jaya yang menyertai sambutan rumah terbuka Raya CTOS untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 berkat tuahnya.

“Saya sentiasa yakin bahawa kesihatan kredit saya baik kerana saya sentiasa membayar bil mengikut jadual,” jelas Chan, “Walau bagaimanapun, saya sudah mula merancang untuk masa depan saya dan berkemungkinan akan membeli sebuah rumah dalam masa beberapa tahun, jadi saya memerlukan pengesahan bahawa kesihatan kredit saya adalah teratur. Saya menggesa sesiapa sahaja yang belum, untuk mula menyemak seawal mungkin. Memiliki ketenangan minda apabila kita memerlukan kredit untuk rumah atau kereta adalah satu perkara yang baik!”

CTOS juga memberi ganjaran kepada 10 pengguna Terbaik di seluruh negara yang telah meningkatkan skor kredit mereka dengan ketara sejak dua tahun lalu dalam bentuk wang tunai RM1,000 setiap seorang, sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian mereka.

“Saya mula menjejaki skor kredit saya pada tahun 2018 dan telah berjaya meningkatkan skor kredit saya sebanyak 377 mata dalam tempoh dua tahun yang lalu,” jelas Mohd Hafidzy bin Rodzihadi, salah seorang daripada 10 pengguna yang diiktiraf atas usaha dan pencapaian mereka dalam meningkatkan skor kredit mereka. “Ini telah membolehkan saya mendapatkan kelulusan untuk kad kredit baru-baru ini, dan pencapaian ini sangat membantu keluarga saya.”

Semua pemenang menyertai sambutan rumah terbuka Raya CTOS yang mana pelanggan, rakan kongsi perniagaan, pihak berkepentingan, rakan sekerja dan pengawal selia yang dihargai berkumpul bersama bagi meraikan kedua-dua kerjasama baharu, serta perkongsian selama bertahun-tahun selepas hiatus selama tiga tahun. Para tetamu telah diraikan dengan satu majlis perayaan yang menyeronokkan serta dipenuhi dengan pelbagai sajian Raya yang menyelerakan, tarian tradisional Melayu dan satu petang penuh gelak tawa serta keceriaan yang menyerlahkan semangat “Muhibah” Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan kredit serta mendaftar untuk perkhidmatan semakan kendiri CTOS, sila layari https://www.ctoscredit.com.my atau hanya muat turun Aplikasi Mudah Alih CTOS.

Tags: CTOSData systems sdn bhddigital berhad
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

Next Post

BERSAMA BOH, SENYUMAN ANDA MEMBAWA MAKNA SEMPENA HARI TEH SEDUNIA 2022

Related Posts

Berita Korporat

Generali Malaysia dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa pada Anugerah Insurans Asia 2023

03 Ogo 2023
Berita Korporat

Generali Malaysia Memperkasakan Pemimpin Hari Esok Demi Mengejar Impian Mereka

25 Jul 2023
Authority Institute
Berita Korporat

Maverick Foo daripada Authority Institute Dinobatkan Sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

30 Jun 2023

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA