EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Mac 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Fesyen Sukan Bertaraf Dunia Kini Melebarkan Sayapnya ke Malaysia

by moneycompass
Jun 17, 2022
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

Kuala Lumpur, – Max Capital Management Holding Ltd (MCM) kini mengembangkan
sayapnya ke industri fesyen sukan bertaraf antarabangsa. Bagi memberikan keyakinan yang
lebih tinggi kepada semua peminat fesyen sukan, MCM kini memberikan peluang kepada
pengunjung untuk menggayakan dan merasai sendiri pengalaman bersama jenama terkemuka
melalui majlis perasmian yang dijadualkan pada 26 Jun 2022 (Ahad) bertempat di Bukit Jalil
City Signature Shop-Offices. Majlis perasmian Gear Up® Malaysia bakal dimeriahkan dengan
cabaran kecergasan, sajian makanan & minuman dan pengunjung juga berpeluang untuk
memenangi cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM26,000.00.

Gear Up® Malaysia menyasarkan untuk menjadi pengedar & peruncit tunggal di Malaysia bagi
jenama fesyen sukan berintensiti tinggi, aksesori serta kasut yang direka khas yang bakal
mencapai prestasi terbaik dan berpotensi membantu peminat fesyen sukan untuk
mengenalpasti kemampuan diri. MCM mula menceburi industri pakaian melalui kerjasama
dengan salah sebuah pengedar terkemuka pakaian sukan antarabangsa, Gear Up® yang
melibatkan pelbagai jenama. Dengan perkembangan ini, ianya mampu memperluaskan lagi
pasaran di Malaysia bagi memudahkan produk dikenali secara meluas disamping menyediakan
alternatif yang lebih mudah untuk pelanggan mengakses pakaian sukan berintensiti tinggi
sepanjang masa di seluruh pelosok negara. MCM memperkenalkan cawangan Gear Up®
pertama di Malaysia bagi mengembangkan perniagaannya disamping memenuhi kehendak
pengguna.

Pengunjung dapat memilih dan merasai sendiri produk jenama terkemuka sebelum membuat
keputusan untuk membelinya. Produk di susun atur bermula daripada pakaian, kasut sehingga
aksesori bagi memudahkan pengunjung untuk membuat pilihan yang tepat. Penentuan susun
atur produk adalah mengikut musim dan label bagi memudahkan pelanggan memilih produk
yang diingini di cawangan atau di laman sesawang rasmi Gear Up® Malaysia;
https://my.gearup.shop. Kepelbagaian produk yang ditempatkan di ruang pameran beserta
elemen lain menjadi daya tarikan kepada pelanggan. Paparan LED turut dapat membantu
meningkatkan fungsi visualisasi produk kepada pelanggan.
Selain itu, Gear Up® telah melancarkan laman sesawang rasmi Gear Up® Malaysia di
https://my.gearup.shop bagi membolehkan pembelian produk secara alam maya di seluruh
dunia. Sedar akan tuntutan gaya hidup dan isu kesihatan, masyarakat mulai mengubah gaya
hidup mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat. Adj. Prof Ts. Maxshangkar, Ketua Pegawai
Eksekutif merangkap Pengasas Kumpulan Syarikat MCM, percaya bahawa kesihatan dan
kecergasan akan menjadi antara trend terbesar di Malaysia, seterusnya amalan ini dapat
diterapkan melalui pembukaan cawangan sulungnya di Malaysia dengan membawa slogan
“Embrace the Freedom”.

Tags: Bukit Jalilfesyen sukanGear Up® Malaysiaindustri fesyen sukan bertaraf antarabangsaMax Capital Management Holding Ltd (MCM)
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

PESTA LAUT SEDUNIA – SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022

Next Post

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA