Sabak Bernam – Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Laut Sedunia baru-baru ini, Persatuan Benih Hijau sedang bekerjasama dengan para belia tempatan dari Kampung Nelayan Bagan Sungai Besar untuk menganjurkan Pesta Laut Sedunia pada 26 Jun 2022 di Dewan Serbaguna MPKK, Bagan Sungai Besar. Acara tahun ini yang bertemakan Kemampanan Alam Sekitar, Kelestarian Lautan mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan alam sekitar untuk seisi keluarga.
Ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman serius daripada pemanasan global dan pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan. Isu-isu kritikal ini tidak boleh diabaikan kerana ianya boleh menjejaskan persekitaran hidup pada masa depan.
YB Hee Loy Sian, penaja dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor berkata, “Menerusi aktiviti berasaskan pengalaman di Pesta Laut Sedunia, ia boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pencemaran laut, dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan marin serta alam sekitar. Komuniti tempatan boleh belajar bersama cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan menambah baik kebersihan persekitaran. Kesemua faktor-faktor ini boleh mempengaruhi persekitaran semasa dan masa depan.”
Bendahari Persatuan Benih Hijau, Ng Ja Wei berkata, “Kami ingin menjemput orang ramai, terutamanya para ibu bapa dan anak-anak untuk menghadiri acara bermakna ini. Kami berharap agar maklumat yang diperolehi melalui pesta ini boleh membantu meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan orang ramai, disamping membina konsep penjagaan persekitaran, pengurangan penggunaan plastik, pembersihan perkampungan nelayan, serta pemeliharan lautan dan hutan paya bakau. Dengan meletakkan usaha untuk melindungi alam sekitar di sekeliling kita ini, ia akan membantu untuk memelihara penghidupan kita di masa depan.”
Pesta Laut Sedunia terdiri daripada aktiviti-aktiviti fizikal serta dalam talian. Aktiviti-aktiviti yang akan datang adalah seperti berikut:
Tarikh | Aktiviti | |
16 & 21 Jun | Webinar secara langsung: “Keindahan Sungai Besar” dan “Cabaran Pengurusan Sisa di Kampung Nelayan” | |
19 Jun | Kem ekologi marin dan penanaman pokok bakau berlangsung secara serentak di tiga buah sekolah, Daerah Sabak Bernam | |
26 Jun
|
Acara kemuncak di Dewan Serbaguna MPKK Bagan Sungai Besar | |
8:00 pagi
9:30 pagi – 3:00 petang
10:00 pagi
11:30 pagi |
Kampung Nelayan Fun Walk
Pameran foto pemandangan Kampung Nelayan Sabak Bernam Pameran alam sekitar Bengkel kraf tangan bertema hutan rimba dan lautan
Majlis perasmian pesta
Forum kehidupan dan cabaran Kampung Nelayan |
Semua aktiviti adalah terbuka kepada orang ramai. Pra-pendaftaran untuk menyertai Kampung Nelayan Fun Walk boleh dibuat di laman sesawang bit.ly/KampungNelayanFunWalk dan ianya terhad kepada 100 peserta sahaja. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50 seorang, termasuk baju jersi sukan, lencana penyertaan dan cenderahati.
Pihak penganjur mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Pesta Laut Sedunia untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam penjagaan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang berikut:
- Persatuan Benih Hijau: ly/PersatuanBenihHijau (Elina: 016-715 1703)
- Pesta Laut Sedunia: www.facebook.com/PRRBagan
- Travel Mate: www.facebook.com/PhotoCreatorTravelmate
Discussion about this post