EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Januari 30, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

KEKURANGAN BURUH MENGEKANG MARGIN KEUNTUNGAN PKS

by moneycompass
Jun 29, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini menghadapi margin keuntungan yang lebih rendah walaupun ekonomi meningkat kerana mereka terpaksa menolak pesanan besar berikutan masalah buruh yang berterusan.

Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) Ding Hong Sing menjelaskan selain kos pengeluaran yang semakin meningkat berikutan harga bahan mentah yang lebih mahal dan isu rantaian bekalan dan logistik, syarikat PKS juga bergelut dengan kapasiti operasi yang lebih rendah.

“SME Malaysia berharap pihak berkuasa berkaitan dapat memudahkan proses permohonan pekerja asing dan mempercepatkan kelulusan permohonan bagi menyokong keperluan tenaga kerja industri,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa kekurangan pekerja semasa akan menjejaskan produktiviti perniagaan dan melambatkan pemulihan perniagaan PKS, pasca pandemik Covid-19.

Ding berkata demikian pada majlis pelancaran Platinum Business Awards (PBA) 2022 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh bin Haji Omar di sebuah hotel terkemuka di sini.

PBA2022 ialah platform anugerah premium tempatan yang menanda aras prestasi perniagaan dan piawaian kualiti PKS dan individu dalam 18 kategori anugerah mengikut pencalonan dan 4 kategori jemputan.

Empat kategori baharu – Anugerah Amalan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus PKS, Anugerah Amalan IR 4.0 PKS, Anugerah Kedayatahanan Perniagaan PKS, dan Anugerah Kecemerlangan Matlamat Pembangunan Mampan PKS – telah diperkenalkan untuk menekankan peningkatan kaitan ESG, kemampanan dan Revolusi Perindustrian 4.0 kepada PKS.

Calon anugerah menjalani proses penilaian yang ketat termasuk lawatan tapak juruaudit, dengan pemilihan pemenang sebagai kemuncak oleh sebuah Lembaga Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Michael Yeoh, Presiden Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik, diiringi kapten industri yang lain.

PBA2022 dianjurkan oleh SME Malaysia dan diaudit oleh SFAI Malaysia, dengan Fusionex sebagai rakan kongsi teknologi dan Skynet Worldwide sebagai kurier rasmi.

Penaja utama acara ialah Hong Leong Bank, Boost Biz, Maxis dan RHB Bank manakala penaja bersama ialah Kumpulan AmLeisure, Ipay 88, SBH dan RAM.

PBA2022 kini dibuka untuk pencalonan sehingga 31 Ogos 2022. Butiran boleh didapati dari https://smemalaysia.org/pba dan sekretariat anugerah di talian 03-8024 5787 (Cynthia).

Tags: Boost BizHong Leong BankIpay 88Kumpulan AmLeisureMaxisPerusahaan kecil dan sederhana (PKS)RAMRHB BankSBHSFAI MalaysiaSME Malaysia
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

Next Post

INFRA BUNGA Menjana Kuasa Pasaran Minuman Tenaga

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA