KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – CTOS Digital Berhad dan Monash University Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dalam cerapan data dan analitik untuk memajukan penyelidikan ke atas perkembangan kredit negara.
MoU yang ditandatangani baru-baru ini akan memudahkan kerjasama industri-akademik melalui penyelidikan, analisis dan pertukaran idea.
CTOS Digital Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya CTOS Data Systems Sdn Bhd, agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, telah membolehkan orang ramai mendapat akses kepada kredit selama lebih 30 tahun.
“Harapan kami ialah dengan pemeteraian MOU hari ini, kami dapat mengembangkan lagi pandangan yang boleh kami tawarkan kepada Malaysia,” umum Eric Hamburger, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, pada majlis menandatangani perjanjian itu. “Kami tahu bahawa kepentingan memahami data dan menggunakan penemuan itu tidak boleh dilebih-lebihkan. CTOS mempunyai pangkalan data kredit pengguna dan perniagaan terbesar di Malaysia, dan kami mempunyai kedudukan unik untuk memberikan penilaian yang paling tepat tentang situasi kredit negara. Keupayaan analitikal kami yang mendalam digabungkan dengan kekuatan penyelidikan Monash, boleh membantu orang ramai, perniagaan, penggubal undang-undang, pengawal selia dan organisasi kerajaan yang lain memperoleh pandangan terbaik tentang keadaan kredit pengguna di Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya.”
Menurut Elsevier, salah satu penerbit jurnal akademik terbesar mengatakan bahawa kerjasama antara universiti dan industri kini telah menjadi lebih lazim dalam tempoh 10 tahun yang lalu, di mana kemahiran pelengkap telah dikenal pasti.
“Universiti Monash komited untuk menjadi cemerlang, antarabangsa, berdaya usaha dan inklusif; matlamat yang dikongsi oleh rakan kongsi kami, CTOS Digital” kata Profesor Matthew Nicholson, Naib Presiden (Penyelidikan & Pembangunan) Monash University Malaysia. “Universiti Monash juga komited untuk menangani cabaran global semasa, yang mana pembangunan dan penyelenggaraan komuniti yang berkembang maju berada di barisan hadapan. Ini adalah bahagian asas untuk memastikan kita hidup dalam kalangan komuniti yang berkembang maju, iaitu perkembangan dalam celik kewangan, peningkatan dalam kebebasan kewangan dan pertumbuhan dalam keselamatan kewangan, untuk individu, keluarga, komuniti dan perniagaan. Dalam konteks ini, tiada perkongsian yang lebih baik untuk Monash University Malaysia daripada CTOS Digital, sebuah syarikat yang berada di tengah-tengah ekosistem kewangan Malaysia.”
Mengetuai analisis daripada Monash ialah Profesor Nafis Alam, Ketua Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti Monash Malaysia: “Sebagai juara penyelidikan dan impak, Universiti Monash juga teruja untuk bekerjasama dengan CTOS Digital dan bersama-sama kami mencari penyelesaian untuk menyediakan jawapan kepada isu ekonomi dan kewangan. Kami berharap perkongsian ini akan membawa kepada permulaan penyelidikan canggih dalam pemarkahan kredit dan kesejahteraan ekonomi individu, institusi dan masyarakat secara keseluruhan. Di Monash, kami teruja untuk bekerjasama dengan CTOS dan tidak sabar untuk bersama-sama menerbitkan hasil penyelidikan yang berkesan menerusi kerjasama ini.”
Discussion about this post