EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, September 26, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

FSMONE MALAYSIA POSITIF BAHAWA PELUANG PELABURAN TINGGI DALAM PASARAN SEMASA

by moneycompass
Julai 8, 2022
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

Kuala Lumpur – FSMOne Malaysia, platform pelaburan pelbagai aset hari ini memberi keyakinan kepada pelabur Malaysia bahawa unit amanah masih relevan dan pilihan mampan yang boleh membantu mereka mencapai matlamat kewangan jangka sederhana hingga panjang. Keyakinan ini dinyatakan pada Majlis Anugerah “FSMOne Recommended Unit Trusts Awards 2022/ 2023” di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur awal hari ini.

Anugerah tersebut, yang merupakan pengiktirafan tertinggi buat pengurus dana cemerlang yang telah mencapai prestasi dana terbaik-dalam-kategori (best-in-category), menyaksikan 44 Amanah Saham yang Disyorkan daripada 17 syarikat dana, termasuk Affin Hwang Asset Management Berhad, Manulife Investment Management (M) Berhad, Pengurusan Aset Utama Berhad, AmFunds Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Kenanga Investors Berhad, Eastspring Investments Berhad, dan AmFunds Management Berhad, antara lain, yang turut disenaraikan pada kali ini.

Encik Koh Soo Cheng, Pengurus Besar FSMOne Malaysia semasa pembentangannya menekankan bahawa unit amanah terus menjadi wadah pelaburan penting untuk semua pelabur kerana ia membenarkan pelabur membina portfolio yang bersesuaian dengan mereka serta dipelbagaikan dengan sewajarnya untuk mencapai matlamat kewangan mereka. “Daripada analisis kami, kami mendapati bahawa sepanjang pelbagai kitaran pasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi Amanah Saham Disyorkan kami telah mencapai tanda aras tertinggi secara konsisten berbanding syarikat-syarikat dana lain dalam kategori yang sama,” kata Encik Koh Soo Cheng.

“Ikutan yang tinggi terhadap Amanah Saham yang Disyorkan kami adalah bukti kepercayaan serta keyakinan para pelabur terhadap metodologi pemilihan kami,” tambah Encik Koh Soo Cheng. Amanah Saham yang Disyorkan telah dinilai pada kedua-dua parameter kuantitatif dan kualitatif. Parameter kuantitatif termasuk Nisbah Pulangan, Risiko dan Perbelanjaan manakala parameter kualitatif yang dipertimbangkan ialah ketekalan pengurus dana dalam pendekatan pelaburan mereka, kestabilan pasukan pengurusan, dan pengunduran kakitangan utama, antara lain.

“Dengan peningkatan pangkalan pelanggan kami sejak 2 tahun yang lalu, saya percaya bahawa para pelabur kami kini lebih celik kewangan berbanding sebelum ini. Selain daripada senarai Unit Amanah Disyorkan FSMOne yang berfungsi sebagai titik tolak yang baik untuk pelabur baharu, mereka juga boleh mendapatkan idea pelaburan daripada iFAST TV. Ia adalah saluran berfokuskan pelaburan yang direalisasikan untuk mencipta kandungan video yang relevan, bermaklumat serta menarik, yang telah dilancarkan tahun lepas.”

“Kami komited untuk menyediakan pengurusan kekayaan yang terbaik di bawah satu platform. Untuk itu, FSMOne Malaysia telah melancarkan keupayaan dagangan saham dan ETF yang menyokong bursa Malaysia, AS, Hong Kong dan Singapura tahun lepas, dan akan menyokong bursa A-Shares China pada 8 Julai 2022,” tambah Encik Koh Soo Cheng.

Mengenai prospek ekonomi global, Encik Jason Wong, Pengurus Penyelidikan FSMOne Malaysia memberitahu bahawa beliau menjangka pertumbuhan global akan perlahan pada separuh kedua 2022 di tengah-tengah inflasi yang meningkat secara berterusan dan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama di seluruh dunia.

Dari segi tinjauan pasaran, beliau menjangkakan turun naik akan berterusan kerana risiko yang berlarutan seperti pertumbuhan perlahan, kebimbangan kemelesetan, inflasi yang tinggi, kenaikan kadar yang agresif dan ketegangan geopolitik berkemungkinan berlarutan menjelang akhir 2022.

“Anjakan pasaran tahun ini telah mengheret turun ekuiti global ke tahap yang boleh diterima, di mana ia boleh memberikan peluang untuk pelabur jangka panjang memanfaatkannya. Dengan banyak harga negatif dalam pasaran, kami tidak akan menolak lantunan beransur-ansur di tengah-tengah turun naik sekiranya keadaan menjadi lebih baik daripada yang dijangkakan. Beberapa pemangkin yang berpotensi untuk pemulihan pantas termasuk penurunan inflasi, pembukaan semula China dan berakhirnya perang Rusia-Ukraine,” tambah Jason Wong.

Namun, sebaliknya, walaupun terdapat risiko yang jelas, beliau berpendapat bahawa penjualan mendalam saham China akhirnya boleh berada di puncak pemulihan. Beliau menjangkakan China akan melancarkan lebih banyak langkah dasar untuk membantu menyokong ekonomi. Malah, kerajaan telah pun melancarkan langkah sokongan ekonomi dan melawan kejatuhan keyakinan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Menambahkan keyakinannya ialah hakikat bahawa China sedang bangkit daripada wabak Covid-19 yang paling teruk dalam tempoh lebih dua tahun, dengan kes harian Covid-19 menurun di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Di tengah-tengah perubahan dalam persekitaran makroekonomi, pengurus dana telah menyesuaikan portfolio mereka dengan sewajarnya ke arah pelaburan yang dapat mengharungi peningkatan inflasi dan kadar faedah dengan lebih baik. Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak terlepas pandang peluang ini untuk pulangan yang akan menyumbang kepada pengumpulan kekayaan jangka panjang yang lebih baik,” jelas Jason Wong lagi.

Ini merupakan tahun ke-14 FSMOne Malaysia menganjurkan Majlis “FSMOne Recommended Unit Trusts Awards”. FSMOne Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut tentang FSMOne Malaysia dan unit amanah yang disyorkan mereka, sila layari www.fsmone.com.my.

Tags: FSMONEINVESTMENTpelaburan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

Next Post

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

Related Posts

Berita Korporat

Generali Malaysia dinobatkan sebagai Penanggung Insurans Am Terbaik Antarabangsa pada Anugerah Insurans Asia 2023

03 Ogo 2023
Berita Korporat

Generali Malaysia Memperkasakan Pemimpin Hari Esok Demi Mengejar Impian Mereka

25 Jul 2023
Authority Institute
Berita Korporat

Maverick Foo daripada Authority Institute Dinobatkan Sebagai Speaker Terbaik Vistage Malaysia

30 Jun 2023

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA